MOTTO PSS

MOTTO PSS
'Efektif, Berkualiti, Cemerlang' Menuju Konsep PSS Abad Ke-21

Sekapur Sirih Seulas Pinang...

Sekapur Sirih Seulas Pinang...
Assalamualaikum w.b.k dan salam sejahtera..

Selayang Pandang...

Pusat Sumber Datuk Dr Awang Sariyan Dalam Arah Pemantapan Kecemerlangan dan Kegemilangan PSS Sebagai Pusat Gedung Ilmu Berinovasi di SK Iskandar Perdana

Lantikan Pengawas PSS 2012

Lantikan Pengawas PSS 2012
Semoga dapat menjalankan tugas dengan cemerlang..tahniah!

Laman Web Sekolah

https://skiskandarperdana.wordpress.com/

Tuesday 25 August 2015

Dasar Galakan Membaca (SUMBER : Perpustakaan Negara Malaysia)

Dasar Galakan Membaca telah dibuat bagi tujuan pelaksanaan fungsi Perpustakaan Negara Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667) Bahagian II Seksyen 4(2)m iaitu : “menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca”. Ia selaras dengan strategi Dasar Negara bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat mengikut perkara 4.7.5 iaitu : “ untuk menanam dan menggalakkan minat membaca”. Dasar ini pula menyokong matlamat Dasar Buku Negara iaitu memastikan rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi dan menggunakan bahan bacaan yang berkualiti. Dasar ini juga menyahut cabaran dan menyokong matlamat Wawasan 2020 iaitu untuk melahirkan masyarakat yang kaya ilmu dan bermaklumat berasaskan budaya sains dan teknologi. Bagi menentukan hala tuju program galakan membaca, urus setia jawatankuasa telah dibentuk dengan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai Urus Setia Jawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan dan Perpustakaan Awam Negeri-negeri sebagai Urus Setia Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri. Skop Dasar Galakan Membaca merangkumi semua aktiviti perpustakaan yang berhubung kait dengan pembacaan di dalam usaha memupuk minat membaca rakyat Malaysia. Objektif Dasar Galakan Membaca bertujuan untuk dijadikan garis panduan bagi mencapai objektif berikut:  Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan masyarakat.  Memupuk minat dan amalan membaca di kalangan masyarakat Malaysia.  Meningkatkan tahap pembacaan rakyat Malaysia.  Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu.  Menjadikan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai pusat perujukan maklumat kebangsaan mengenai pembacaan dan galakan membaca.  Menilai keberkesanan Kempen Membaca Kebangsaan Strategi  Merancang, menyelaras dan memantau program galakan membaca di peringkat kebangsaan.  Merancang dan menyelaras keperluan dan perbelanjaan peruntukan bagi program galakan membaca.  Menjalinkan persepakatan pintar dengan perpustakaan, institusi dan pihak swasta dalam melaksanakan program galakan membaca.  Melaksanakan program publisiti dan promosi yang mantap dan berterusan bagi meningkatkan kesedaran program galakan membaca.  Membina pasukan pakar di kalangan anggota perpustakaan dalam bidang pembacaan dan pengurusan program galakan membaca.  Mengenalpasti kumpulan pakar dalam bidang pembacaan dan pengendalian aktiviti galakan membaca dikalangan masyarakat Malaysia.  Meningkatkan pembacaan melalui penggunaan teknologi maklumat.  Mengkaji dan menilai keberkesanan program galakan membaca tahunan dan setiap lima tahun.  Membina pangkalan data aktiviti dan fasilitator dalam bidang pembacaan di peringkat kebangsaan dan negeri. Pelaksanaan Program 1. Aktiviti merancang, menyelaras dan memantau program galakan membaca dibuat melalui:- (a) Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan sekurangkurangnya sekali setahun (b) Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Gerakan Membaca Perpustakaan Awam Negerinegeri sekurang-kurangnya sekali setahun (c) Menyusun dan menyelaras program Kempen Membaca (d) Mendapatkan sokongan kewangan dari kerajaan dengan memohon peruntukan di bawah rancangan pembangunan lima tahun kerajaan (e) Mengagihkan peruntukan kepada Perpustakaan Awam Negeri dan agensi-agensi tertentu untuk pelaksanaan projek dan program galakan membaca (f) Memantau pelaksanaan aktiviti galakan membaca negeri-negeri serta mendapat maklum balas pelaksanaan aktiviti melalui mesyuarat dan laporan 2. Aktiviti merancang dan menyelaras keperluan dan perbelanjaan peruntukan bagi program galakan membaca dilaksanakan melalui:- (a) Membuat pengagihan peruntukan yang seimbang bagi pemberian bahan bacaan yang bersesuaian dengan golongan yang dikenalpasti seperti senarai contoh yang berikut. Contoh institusi kerajaan/swasta yang menerima sumbangan bahan bacaan daripada Perpustakaan Negara Malaysia:  Jabatan Penjara  Jabatan Kebajikan Masyarakat  Agensi Dadah Kebangsaan  Agensi FELDA  Jabatan Hal Ehwal Orang Asli  Rumah Perlindungan Wanita & Kanak-Kanak DiDera di bawah pentadbiran badan bukan kerajaan (NGO) (b) Memantapkan koleksi dan perkhidmatan pinjaman Perpustakaan Negara Malaysia termasuk pinjaman berkelompok. (c) Menggalakkan dan menyokong pewujudan bilik-bilik bacaan terutamanya di luar bandar dengan kerjasama jabatan dan institusi yang berkaitan. 3. Aktiviti menjalinkan persepakatan pintar dengan perpustakaan, institusi dan pihak swasta dalam melaksanakan program galakan membaca dilakukan melalui:- (a) Meningkatkan program galakan membaca dengan rakan usaha sama sedia ada yang sesuai dilaksanakan mengikut kumpulan sasaran seperti yang berikut. Contoh institusi kerajaan/badan berkanun/badan bukan kerajaan bagi program kerjasama galakan membaca: Kerajaan/Badan Berkanun 1. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan 2. Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan 3. Majlis Buku Kebangsaan Malaysia 4. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri-Negeri 5. Jabatan Pendidikan Negeri-Negeri 6. Jabatan Kemajuan Masyarakat [KEMAS] 7. Jabatan Belia, Kementerian Belia dan Sukan 8. Jabatan Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat 9. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara [LPPKN] Badan Bukan Kerajaan 1. Persatuan Pustakawan Malaysia 2. Persatuan Pembacaan Malaysia 3. Persatuan Belia 4B Malaysia 4. Majlis Belia Malaysia 5. Persatuan Pekartun Malaysia [PEKARTUN] (b) Mengenalpasti dan menyokong aktiviti galakan membaca baru yang sesuai dijalankan secara usaha sama dengan berkesan. (c) Mengenalpasti institusi, persatuan, pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan serta pihak swasta bagi melaksanakan program galakan membaca secara usaha sama. (d) Membina rangkaian rakan usaha sama dalam gerakan literasi maklumat. 4. Program publisiti dan promosi yang mantap dan berterusan bagi program galakan membaca dilaksanakan melalui:- (a) Mendapatkan khidmat jururunding perhubungan awam atau agensi pengiklanan untuk perancangan dan pelaksanaan kempen. (b) Mengadakan program promosi yang meluas dengan media massa. (c) Menghasilkan bahan-bahan promosi pelbagai format untuk edaran dan kegunaan seluruh negara. 5. Membina sebuah pasukan pakar di kalangan anggota Jabatan dalam bidang pembacaan dan pengurusan program galakan membaca melalui aktiviti berikut:- (a) Membina modul dan program latihan bagi meningkatkan dan memantapkan kesedaran tentang kepentingan pembacaan dikalangan masyarakat. (b) Mewujud dan membina program literasi maklumat dalam talian bagi menggalakkan serta meningkatkan budaya masyarakat berilmu dan berbudaya IT. (c) Menjadi pusat perujukan maklumat kebangsaan mengenai pembacaan dan galakan membaca. 6. Membina kumpulan yang mahir dalam bidang pembacaan dan pengendalian aktiviti galakan membaca di kalangan masyarakat Malaysia melalui aktiviti berikut:- (a) Menganjur program literasi maklumat di perpustakaan dan institusi berkaitan. (b) Menganjur bengkel/seminar/program berkaitan pembacaan dan pengendalian program galakan membaca. Contoh bengkel/seminar adalah seperti yang berikut. Contoh bengkel/seminar berkaitan dengan program pembacaan dan galakan membaca: 1. Program Bacaan Kegemaran Saya 2. Bengkel Penubuhan Perpustakaan Keluarga 3. Bengkel Bercerita/Black Theatre/Boneka 4. Bengkel Galakan Membaca 5. Kem Galak Belia Membaca 6. Bengkel Keibubapaan Anak Remaja/Anak Kecil 7. Bengkel Pencarian Maklumat 8. Kempen Keahlian 9. Pertandingan Carian Maklumat 10. Pertandingan Cereka Kartun 11. Bookstart 12. Bacakan Kepadaku/Read To Me 13. Kem Kembara Ilmu 14. Jejak Maklumat 15. Bookathon (c) Mengadakan program literasi maklumat dalam talian bagi menggalakkan serta meningkatkan budaya masyarakat berilmu dan berbudaya IT. 7. Meningkatkan pembacaan melalui penggunaan teknologi maklumat melalui aktiviti berikut:- (a) Mewujudkan pangkalan data literasi maklumat Malaysia yang merangkumi maklumat berkaitan program pembacaan, penyelidikan, penggiat pembacaan dan aktiviti pembacaan yang dilaksanakan (b) Mengadakan kursus/bengkel pencarian dan kemahiran maklumat secara on-line. (c) Memperluaskan aplikasi Internet dalam program dan aktiviti pembacaan. 8. Keberkesanan program galakan membaca tahunan dan setiap lima tahun akan dikaji dan dinilai melalui :- (a) Menjalankan wacana kumpulan sasaran (Focus Group Interview) (b) Kajian keberkesanan kempen membaca setiap tahun. (c) Melaksanakan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia setiap lima tahun (d) Mengemukakan Laporan Pelaksanaan Kempen Membaca setiap tahun kepada Jawatankuasa Gerakan Membaca 9. Memantau kadar literasi dan tahap pembacaan rakyat Malaysia melalui:- (a) Mengkaji laporan dan penerbitan Jabatan Perangkaan dan Unit Perancang Ekonomi (b) Menubuhkan jawatankuasa untuk memantau pelaksanaan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia (c) Mendapatkan khidmat jururunding penyelidikan bagi menjalankan dan menyediakan laporan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia setiap lima tahun menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris (d) Menyediakan laporan hasil kajian dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris untuk pihak berkuasa tertentu, media massa dan orang awam Pengemaskinian Program Dasar ini perlu dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perubahan objektif jabatan dan keperluan maklumat negara ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan cintakan ilmu.

No comments:

Post a Comment