MOTTO PSS

MOTTO PSS
'Efektif, Berkualiti, Cemerlang' Menuju Konsep PSS Abad Ke-21

Sekapur Sirih Seulas Pinang...

Sekapur Sirih Seulas Pinang...
Assalamualaikum w.b.k dan salam sejahtera..

Selayang Pandang...

Pusat Sumber Datuk Dr Awang Sariyan Dalam Arah Pemantapan Kecemerlangan dan Kegemilangan PSS Sebagai Pusat Gedung Ilmu Berinovasi di SK Iskandar Perdana

Lantikan Pengawas PSS 2012

Lantikan Pengawas PSS 2012
Semoga dapat menjalankan tugas dengan cemerlang..tahniah!

Laman Web Sekolah

https://skiskandarperdana.wordpress.com/

Saturday 29 August 2015

CONTOH ISI KANDUNGAN FAIL PENGURUSAN KEWANGAN PSS

CONTOH ISI KANDUNGAN FAIL PENGURUSAN KEWANGAN PSS 1. Pengenalan 2. Pengurusan Kewangan A) SUMBER KEWANGAN PSS o Peruntukan kewangan diperoleh daripada : - Wang kerajaan- berapa? - Bantuan Perkapita – ikut bilangan murid - Wang SUWA - Sumbangan PIBG – bergantung kepada PIBG sekolah masing2 sb ada PIBG yang kedekut terutamanya thdp PSS - Projek Khas PSS – contoh : Bacathon PERINCIKAN JUMLAH WANG YANG DIPEROLEHI. o Jenis2 tabung kewangan yang diwujudkan di PSS  Tabung PSS diwujudkan khusus untuk membiayai aktiviti PSS. Contoh sumber kewangan diperolehi melalui : - Langganan Majalah KUNTUM - Jualan borang jawapan kuiz - Jualan khas sempena sesuatu hari atau peristiwa tertentu spt Hari Ibu, Hari Guru, Hari Raya - Jualan kertas mewarna bertema spt Hari Kebangsaan, Bulan membaca dan lain2 - Jualan kad pintar / kad keahlian PSS - Sumbangan individu / koprat / swasta *PERINCIKAN JUMLAH WANG YANG DIPEROLEHI DARIPADA SETIAP AKTIVITI YANG DIJALANKAN. B) BELANJAWAN TAHUNAN  Anggaran belanjawan perlu merujuk kepada Rancangan Pembangunan PSS yang telah dirancang oleh PSS sekolah masing2. Contoh cadangan perbelanjaan bagi pemberian perkapita (PCG ) 1. Nama unit / panitia / bahagian : Pusat Sumber Sekolah 2. Peruntukan PCG : Bahan / alat ( 40 % ) – RM 4564.80 Perpustakaan ( bahan cetak- ( 60% )- RM 6847.20 3. Cadangan perbelanjaan : 3.1 Pembelian bahan cetak ( buku ) : RM 5000 3.2 Langganan majalah pendidikan / akhbar : RM 700.00 3.3 Pembelian bahan / alatan untuk pengurusan PSS : RM 1500 3.4 Projek Khas PSS : 3.4.1 Pembinaan Galeri Nilam : RM 1000 3.4.2 Bulan PSS : RM 500 3.4.3 Hari Anugerah Kecemerlangan NILAM: RM 1500 3.4.4 Projek Based Learning : RM 500 3.4.5 Program Rakan Pembaca : RM 500 3.4.6 Pertandingan rangkaian sumber : RM 212 JUMLAH KESELURUHAN : RM 11 412.00 * Untuk rujukan Pengurusan kewangan : pastikan rekod perbelanjaan Jan - Mei ( baki : RM __________ ) Jun – Nov ( Baki : RM __________ ) C) Laporan Kewangan  Rekod pendapatan / perbelanjaan : - Buku Akaun pendapatan dan perbelanjaan bagi PCG – rujuk kerani kewangan sekolah - Contoh aliran tunai wang tabungan PSS( Rujuk Lampiran 1) Sebagai bukti, lampirkan salinan invois dan bil tunai dalam fail PSS. Lampiran 1 CONTOH ALIRAN TUNAI PUSAT SUMBER SEKOLAH __________________________ TARIKH BUTIRAN RUJUKAN DEBIT KREDIT BAKI (RM) (RM) (RM) 06.1.2012 Baki tahun lepas 700.00 12.3.2012 Sumbangan jurujual *No cek jika ada 1000.00 1700.00 4.4.2012 Infra board No cash bill 45.00 1655.00

Tuesday 25 August 2015

Membaca rangsang kecemerlangan

Oleh Syuhada Choo Abdullah bersama Timbalan Pengarah (Pembangunan Teknologi Pendidikan) Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran, Dr Faridah Mohamed Statistik akhir menunjukkan 84.68 peratus pelajar terbabit Program Nilam ANTARA matlamat utama Pesta Buku Antarabangsa yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, sehingga 13 April ini, ialah menggalakkan orang ramai membeli dan membaca buku. Apakah usaha Kementerian Pelajaran untuk menggalakkan minat ini di kalangan pelajar. Salah satu program utama galakan membaca dilaksanakan Kementerian Pelajaran ialah Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) yang diperkenalkan pada 1999. Pelaksanaan Program Nilam ini dimulakan hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran pada 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah di mana rekod pembacaan pelajar diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan. Program ini dibahagikan kepada dua tahap, iaitu Tahap Jauhari dan Tahap Rakan Pembaca. Tahap Jauhari ialah tahap di mana kita menggalakkan pelajar membaca sebanyak mungkin buku diminati dan kemudian dicatat dalam Buku Rekod Nilam. Pada tahap kedua, iaitu Tahap Rakan Pembaca, pelajar yang banyak membaca digalakkan mengajak atau menggalakkan rakan mereka pula untuk membaca bersama dan berdiskusi mengenai sesebuah buku. Secara tidak langsung, lebih ramai pelajar akan terbabit dalam program ini. Bagaimana dengan pencapaian program ini selepas hampir 10 tahun pelaksanaannya. Berdasarkan statistik data dikumpul setiap tahun berkaitan pelaksanaan program ini, kita dapati pembabitan pelajar semakin meningkat. Statistik akhir tahun lalu menunjukkan 84.68 peratus pelajar terbabit dalam program ini. Namun, usaha kita tidak akan berhenti setakat ini saja bagi membentuk budaya membaca dalam kalangan pelajar. Kita bertekad untuk mencapai sasaran pembabitan 100 peratus pelajar dalam Program Nilam dan seterusnya membudayakan amalan membaca ini di luar lingkungan persekolahan. Apakah strategi dilakukan kementerian, khususnya BTP, untuk mencapai 100 peratus pembabitan pelajar dalam Program Nilam. Walaupun cita-cita untuk mencapai pembabitan 100 peratus pelajar masih belum tercapai, usaha giat turut dijalankan rakan kita dalam rangkaian BTP di BTP Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian serta Pusat Kegiatan Guru. Kita juga mendapat kerjasama baik daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah dalam merangka program galakan membaca. Sebagai contoh, kita melaksanakan beberapa aktiviti sokongan bagi memantapkan lagi Program Nilam. Antaranya, aktiviti Khemah Membaca, Kem Penulis Muda, Jejak Maklumat, Pertandingan Bercerita, Resensi Buku serta pameran buku yang mendapat sokongan daripada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Selain itu, Jemaah Nazir juga mengambil kira elemen pelaksanaan Program Nilam ketika membuat pemantauan ke sekolah. Secara tidak langsung, ini menunjukkan penegasan Kementerian Pelajaran mengenai peri pentingnya program ini dilaksanakan dan pihak pentadbir sekolah perlu memberi kerjasama serta perhatian dalam merangka, mengurus, melaksana dan juga memantau program galakan membaca yang dirancang Guru Perpustakaan & Media. Trend membaca pelajar kini didapati berubah seiring dengan perubahan teknologi. Adakah Program Nilam turut berubah mengikut trend semasa. Ada dua perkara perlu dimaklumkan apabila kita bercakap mengenai trend membaca dalam kalangan pelajar. Pertama, jenis buku yang menjadi minat mereka. Dalam kajian Pusat Perkembangan Kurikulum, didapati pelajar lebih suka membaca buku berkisar mengenai suatu yang hampir dengan mereka, sesuai dengan usia dan persekitaran mereka. Selain daripada buku bukan fiksyen yang berbentuk ilmiah, pelajar lebih terarah untuk membaca buku berkaitan remaja, hubungan dalam konteks usia remaja, serta grafik menarik dengan teks mudah difahami. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah yang bertanggungjawab dalam urusan perolehan buku perlu mengambil kira faktor ini dalam usaha membina koleksi di pusat sumber sekolah. Setiap tahun, kementerian akan mengedarkan Senarai Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah. Senarai ini adalah senarai bahan bacaan dikemukakan penerbit serta pembekal buku dan sudah melalui proses penilaian. Langkah ini diambil bagi memastikan hanya bahan bacaan berkualiti boleh dibekalkan ke sekolah. Perkara kedua yang membentuk trend membaca dalam kalangan pelajar ialah bentuk buku dibaca. Saya sangat setuju bahawa trend dan minat pelajar sekarang lebih terarah kepada suatu yang bersifat teknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kita melihat ini sebagai suatu yang positif dan Program Nilam juga sememangnya sentiasa ditambah baik seiring kemajuan teknologi sedia ada. Bagi pelaksanaan Program Nilam, kita meminta pelajar membaca sebanyak mungkin buku dan kemudian mencatatnya dalam Buku Rekod Nilam. Buku dimaksudkan ialah buku berbentuk fizikal yang dipinjam dari pusat sumber sekolah, perpustakaan awam atau dibeli sendiri. Bagaimanapun seiring kepesatan teknologi, Program Nilam turut menggalakkan mereka membaca buku dalam bentuk digital yang boleh diperoleh dari pusat sumber digital, e-book dan juga cakera padat (CD) atau cakera video digital (DVD). Malah, mereka juga boleh memuat turun bahan bacaan dari internet untuk dibaca dan disimpan sebagai koleksi peribadi. Kini sudah ada teknologi yang boleh `membacakan’ buku digital untuk kita dan boleh disimpan dalam pemain muzik MP3 serta iPod. Dengan kepesatan teknologi yang semakin memudahkan kita pada zaman ini, tiada alasan lagi sebenarnya untuk mengatakan tidak ada masa untuk membaca. Apakah bentuk pengiktirafan diberikan kepada pelajar terbabit dalam Program Nilam sebagai galakan Pada peringkat sekolah, galakan berbentuk hadiah serta sijil adalah sebahagian pengiktirafan dan ganjarannya. Di kebanyakan sekolah, pelajar terbabit secara aktif dalam Program Nilam diberi ganjaran serta pengiktirafan mengikut kemampuan pihak sekolah, dan kebiasaannya diadakan sewaktu Hari Anugerah Cemerlang. Kategori pengiktirafan diberikan mengikut jumlah buku dibaca pelajar. Bagi peringkat sekolah rendah, bacaan antara 90 hingga 179 buku, kategori pengiktirafannya ialah gangsa, diikuti 180-269 (perak), 270-359 (emas) dan 360 ke atas (Nilam). Manakala bagi peringkat sekolah menengah pula, 72-143 buku (gangsa), 144-215 (perak), 216-287 (emas) dan 288 ke atas (Nilam). Seterusnya, setiap negeri mempunyai satu program Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Negeri di mana BTP Negeri menjadi urus setia dengan kerjasama JPN masing-masing. Pada peringkat ini, pelajar terbabit secara aktif dalam Program Nilam akan dinilai bukan saja dari segi bilangan buku dibaca tetapi juga kemahiran mereka menjawab soalan penilaian yang dijalankan oleh hakim dilantik. Pemenang peringkat negeri akan dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Negeri dan dicalonkan untuk Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan. Bagaimana pemilihan Tokoh Nilam Kebangsaan dilakukan. Calon dalam lima kategori, iaitu Sekolah Rendah Pedalaman, Sekolah Rendah Luar Bandar, Sekolah Rendah Bandar, Sekolah Menengah Luar Bandar dan juga Sekolah Menengah Bandar akan dinilai untuk pemilihan pemenang mengikut kategori masing-masing, dan seterusnya meraih anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan Sekolah Rendah serta Tokoh Nilam Kebangsaan Sekolah Menengah. Kategori Sekolah Rendah Pedalaman ialah kategori baru diperkenalkan tahun ini bagi memenuhi aspirasi strategi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk merapatkan jurang pendidikan, di samping membuka peluang sama rata kepada pelajar dari kawasan terbabit yang mungkin agak ketinggalan dari segi kemudahan prasarana dan capaian terhadap bahan bacaan. Dua jenis penilaian, iaitu lisan dan bertulis, dijalankan hakim yang terdiri daripada pensyarah universiti tempatan, institut perguruan serta pegawai dari Perpustakaan Negara Malaysia. Antara elemen dinilai ialah kemahiran membaca, mencari maklumat, membuat analisis, membuat rumusan, kebolehan berhujah, kefasihan bertutur dan kemahiran menyelesaikan masalah. Selain lima kategori berkenaan, empat kategori baru khusus untuk pelajar pendidikan khas turut diperkenalkan tahun ini, iaitu Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SRPK) Pendengaran, SRPK Penglihatan, Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Pendengaran dan SMPK Penglihatan. Bukan itu saja, hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Anugerah Nilam yang lalu, kita bersetuju untuk menambah jumlah hadiah wang tunai kepada setiap pemenang tahun ini. Tokoh Nilam Kebangsaan kali ini menerima hadiah wang tunai RM1,500 berbanding RM600 sebelumnya. Bagi setiap kategori pula, pemenang tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM1,000 berbanding RM500 tahun lalu, tempat kedua RM800 berbanding RM300, dan tempat ketiga RM500 berbanding RM200. Tahun ini, Majlis Anugerah Nilam Kebangsaan sudah pun berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Khamis lalu, dengan dihadiri Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, sebagai tetamu kehormat. Seperti lazim, program ini diadakan dalam tempoh terdekat dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Apakah harapan daripada pelaksanaan Program Anugerah Nilam Kebangsaan 2008. Saya berharap dapat melahirkan Tokoh Nilam yang benar-benar berketrampilan untuk dijadikan `role model’ kepada pelajar lain. Kita ingin menunjukkan kepada semua pelajar bahawa adanya saling kait yang amat rapat antara budaya membaca dengan kecemerlangan pendidikan. Mungkin boleh saya imbas kembali pada 2004 di mana Tokoh Nilam Kebangsaan tahun itu, Nur Amalina Che Bakri, adalah pelajar terbaik keseluruhan bagi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 dengan mencapai 17 1A. Tahun lalu, sekali lagi kita berjaya melahirkan Tokoh Nilam Kebangsaan yang juga muncul pelajar terbaik keseluruhan SPM 2007, iaitu Azali Azlan yang memperoleh 20 1A dan satu 2A. Semoga dengan contoh ditunjukkan itu akan membuka mata semua pihak, termasuk pelajar, pendidik dan ibu bapa, mengenai peri pentingnya membina tabiat membaca dalam diri kita serta menjadikannya satu budaya hidup.

Dasar Galakan Membaca (SUMBER : Perpustakaan Negara Malaysia)

Dasar Galakan Membaca telah dibuat bagi tujuan pelaksanaan fungsi Perpustakaan Negara Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667) Bahagian II Seksyen 4(2)m iaitu : “menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca”. Ia selaras dengan strategi Dasar Negara bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat mengikut perkara 4.7.5 iaitu : “ untuk menanam dan menggalakkan minat membaca”. Dasar ini pula menyokong matlamat Dasar Buku Negara iaitu memastikan rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi dan menggunakan bahan bacaan yang berkualiti. Dasar ini juga menyahut cabaran dan menyokong matlamat Wawasan 2020 iaitu untuk melahirkan masyarakat yang kaya ilmu dan bermaklumat berasaskan budaya sains dan teknologi. Bagi menentukan hala tuju program galakan membaca, urus setia jawatankuasa telah dibentuk dengan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai Urus Setia Jawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan dan Perpustakaan Awam Negeri-negeri sebagai Urus Setia Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri. Skop Dasar Galakan Membaca merangkumi semua aktiviti perpustakaan yang berhubung kait dengan pembacaan di dalam usaha memupuk minat membaca rakyat Malaysia. Objektif Dasar Galakan Membaca bertujuan untuk dijadikan garis panduan bagi mencapai objektif berikut:  Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan masyarakat.  Memupuk minat dan amalan membaca di kalangan masyarakat Malaysia.  Meningkatkan tahap pembacaan rakyat Malaysia.  Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu.  Menjadikan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai pusat perujukan maklumat kebangsaan mengenai pembacaan dan galakan membaca.  Menilai keberkesanan Kempen Membaca Kebangsaan Strategi  Merancang, menyelaras dan memantau program galakan membaca di peringkat kebangsaan.  Merancang dan menyelaras keperluan dan perbelanjaan peruntukan bagi program galakan membaca.  Menjalinkan persepakatan pintar dengan perpustakaan, institusi dan pihak swasta dalam melaksanakan program galakan membaca.  Melaksanakan program publisiti dan promosi yang mantap dan berterusan bagi meningkatkan kesedaran program galakan membaca.  Membina pasukan pakar di kalangan anggota perpustakaan dalam bidang pembacaan dan pengurusan program galakan membaca.  Mengenalpasti kumpulan pakar dalam bidang pembacaan dan pengendalian aktiviti galakan membaca dikalangan masyarakat Malaysia.  Meningkatkan pembacaan melalui penggunaan teknologi maklumat.  Mengkaji dan menilai keberkesanan program galakan membaca tahunan dan setiap lima tahun.  Membina pangkalan data aktiviti dan fasilitator dalam bidang pembacaan di peringkat kebangsaan dan negeri. Pelaksanaan Program 1. Aktiviti merancang, menyelaras dan memantau program galakan membaca dibuat melalui:- (a) Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan sekurangkurangnya sekali setahun (b) Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Gerakan Membaca Perpustakaan Awam Negerinegeri sekurang-kurangnya sekali setahun (c) Menyusun dan menyelaras program Kempen Membaca (d) Mendapatkan sokongan kewangan dari kerajaan dengan memohon peruntukan di bawah rancangan pembangunan lima tahun kerajaan (e) Mengagihkan peruntukan kepada Perpustakaan Awam Negeri dan agensi-agensi tertentu untuk pelaksanaan projek dan program galakan membaca (f) Memantau pelaksanaan aktiviti galakan membaca negeri-negeri serta mendapat maklum balas pelaksanaan aktiviti melalui mesyuarat dan laporan 2. Aktiviti merancang dan menyelaras keperluan dan perbelanjaan peruntukan bagi program galakan membaca dilaksanakan melalui:- (a) Membuat pengagihan peruntukan yang seimbang bagi pemberian bahan bacaan yang bersesuaian dengan golongan yang dikenalpasti seperti senarai contoh yang berikut. Contoh institusi kerajaan/swasta yang menerima sumbangan bahan bacaan daripada Perpustakaan Negara Malaysia:  Jabatan Penjara  Jabatan Kebajikan Masyarakat  Agensi Dadah Kebangsaan  Agensi FELDA  Jabatan Hal Ehwal Orang Asli  Rumah Perlindungan Wanita & Kanak-Kanak DiDera di bawah pentadbiran badan bukan kerajaan (NGO) (b) Memantapkan koleksi dan perkhidmatan pinjaman Perpustakaan Negara Malaysia termasuk pinjaman berkelompok. (c) Menggalakkan dan menyokong pewujudan bilik-bilik bacaan terutamanya di luar bandar dengan kerjasama jabatan dan institusi yang berkaitan. 3. Aktiviti menjalinkan persepakatan pintar dengan perpustakaan, institusi dan pihak swasta dalam melaksanakan program galakan membaca dilakukan melalui:- (a) Meningkatkan program galakan membaca dengan rakan usaha sama sedia ada yang sesuai dilaksanakan mengikut kumpulan sasaran seperti yang berikut. Contoh institusi kerajaan/badan berkanun/badan bukan kerajaan bagi program kerjasama galakan membaca: Kerajaan/Badan Berkanun 1. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan 2. Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan 3. Majlis Buku Kebangsaan Malaysia 4. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri-Negeri 5. Jabatan Pendidikan Negeri-Negeri 6. Jabatan Kemajuan Masyarakat [KEMAS] 7. Jabatan Belia, Kementerian Belia dan Sukan 8. Jabatan Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat 9. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara [LPPKN] Badan Bukan Kerajaan 1. Persatuan Pustakawan Malaysia 2. Persatuan Pembacaan Malaysia 3. Persatuan Belia 4B Malaysia 4. Majlis Belia Malaysia 5. Persatuan Pekartun Malaysia [PEKARTUN] (b) Mengenalpasti dan menyokong aktiviti galakan membaca baru yang sesuai dijalankan secara usaha sama dengan berkesan. (c) Mengenalpasti institusi, persatuan, pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan serta pihak swasta bagi melaksanakan program galakan membaca secara usaha sama. (d) Membina rangkaian rakan usaha sama dalam gerakan literasi maklumat. 4. Program publisiti dan promosi yang mantap dan berterusan bagi program galakan membaca dilaksanakan melalui:- (a) Mendapatkan khidmat jururunding perhubungan awam atau agensi pengiklanan untuk perancangan dan pelaksanaan kempen. (b) Mengadakan program promosi yang meluas dengan media massa. (c) Menghasilkan bahan-bahan promosi pelbagai format untuk edaran dan kegunaan seluruh negara. 5. Membina sebuah pasukan pakar di kalangan anggota Jabatan dalam bidang pembacaan dan pengurusan program galakan membaca melalui aktiviti berikut:- (a) Membina modul dan program latihan bagi meningkatkan dan memantapkan kesedaran tentang kepentingan pembacaan dikalangan masyarakat. (b) Mewujud dan membina program literasi maklumat dalam talian bagi menggalakkan serta meningkatkan budaya masyarakat berilmu dan berbudaya IT. (c) Menjadi pusat perujukan maklumat kebangsaan mengenai pembacaan dan galakan membaca. 6. Membina kumpulan yang mahir dalam bidang pembacaan dan pengendalian aktiviti galakan membaca di kalangan masyarakat Malaysia melalui aktiviti berikut:- (a) Menganjur program literasi maklumat di perpustakaan dan institusi berkaitan. (b) Menganjur bengkel/seminar/program berkaitan pembacaan dan pengendalian program galakan membaca. Contoh bengkel/seminar adalah seperti yang berikut. Contoh bengkel/seminar berkaitan dengan program pembacaan dan galakan membaca: 1. Program Bacaan Kegemaran Saya 2. Bengkel Penubuhan Perpustakaan Keluarga 3. Bengkel Bercerita/Black Theatre/Boneka 4. Bengkel Galakan Membaca 5. Kem Galak Belia Membaca 6. Bengkel Keibubapaan Anak Remaja/Anak Kecil 7. Bengkel Pencarian Maklumat 8. Kempen Keahlian 9. Pertandingan Carian Maklumat 10. Pertandingan Cereka Kartun 11. Bookstart 12. Bacakan Kepadaku/Read To Me 13. Kem Kembara Ilmu 14. Jejak Maklumat 15. Bookathon (c) Mengadakan program literasi maklumat dalam talian bagi menggalakkan serta meningkatkan budaya masyarakat berilmu dan berbudaya IT. 7. Meningkatkan pembacaan melalui penggunaan teknologi maklumat melalui aktiviti berikut:- (a) Mewujudkan pangkalan data literasi maklumat Malaysia yang merangkumi maklumat berkaitan program pembacaan, penyelidikan, penggiat pembacaan dan aktiviti pembacaan yang dilaksanakan (b) Mengadakan kursus/bengkel pencarian dan kemahiran maklumat secara on-line. (c) Memperluaskan aplikasi Internet dalam program dan aktiviti pembacaan. 8. Keberkesanan program galakan membaca tahunan dan setiap lima tahun akan dikaji dan dinilai melalui :- (a) Menjalankan wacana kumpulan sasaran (Focus Group Interview) (b) Kajian keberkesanan kempen membaca setiap tahun. (c) Melaksanakan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia setiap lima tahun (d) Mengemukakan Laporan Pelaksanaan Kempen Membaca setiap tahun kepada Jawatankuasa Gerakan Membaca 9. Memantau kadar literasi dan tahap pembacaan rakyat Malaysia melalui:- (a) Mengkaji laporan dan penerbitan Jabatan Perangkaan dan Unit Perancang Ekonomi (b) Menubuhkan jawatankuasa untuk memantau pelaksanaan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia (c) Mendapatkan khidmat jururunding penyelidikan bagi menjalankan dan menyediakan laporan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia setiap lima tahun menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris (d) Menyediakan laporan hasil kajian dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris untuk pihak berkuasa tertentu, media massa dan orang awam Pengemaskinian Program Dasar ini perlu dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perubahan objektif jabatan dan keperluan maklumat negara ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan cintakan ilmu.

Video Slaid Untuk Pemantauan Penilaian PSS Cemerlang Peringkat Negeri Tahun 2015 ....Pada 3 September 2015 ini

Logo Hari Kebangsaan 2015

Kita dapati trend membaca murid-murid sekarang telah berubah dengan berubahnya teknologi yang terhidang di hadapan mereka. Adakah Program NILAM mengikuti trend ini?

Ada dua perkara yang perlu dimaklumkan bila kita bercakap mengenai trend membaca dalam kalangan murid-murid. Yang pertama ialah jenis buku yang menjadi minat mereka. Dalam kajian yang dibuat oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum didapati murid-murid lebih suka membaca buku-buku yang berkisar mengenai sesuatu yang ”hampir’ dengan mereka, sesuai dengan usia dan persekitaran mereka. Selain dari buku-buku bukan fiksyen yang berbentuk ilmiah, murid-murid lebih terarah untuk membaca buku-buku yang berkaitan dengan remaja, hubungan dalam konteks usia remaja, grafik yang menarik dengan teks yang mudah difahami. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah yang bertanggungjawab dalam urusan perolehan buku-buku perlulah mengambil kira faktor-faktor ini dalam usaha membina koleksi di Pusat Sumber Sekolah. Di pihak KPM, kita ada menyediakan Senarai Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah bagi menjadi panduan kepada sekolah-sekolah dalam pembelian bahan-bahan bacaan di pusat sumber. Senarai ini merupakan senarai bahan bacaan yang dikemukakan oleh penerbit dan pembekal buku dan telah melalui proses penilaian. Langkah ini diambil bagi memastikan hanya bahan-bahan bacaan yang berkualiti saja yang boleh dibekalkan ke sekolah. Perkara kedua yang membentuk trend membaca dalam kalangan murid-murid pula ialah bentuk buku yang dibaca. Trend dan minat murid-murid sekarang lebih terarah kepada sesuatu yang bersifat teknologi dan ICT. Kita melihat ini sebagai sesuatu yang positif dan Program NILAM juga sememangnya sentiasa ditambahbaik seiring dengan kemajuan teknologi sedia ada. Dalam pelaksanaan Program NILAM kita meminta murid membaca sebanyak mungkin buku dan kemudian mencatatnya dalam Buku Rekod NILAM. Buku-buku yang dimaksudkan ialah buku-buku berbentuk fizikal yang dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah, Perpustakaan Awam ataupun yang mereka beli sendiri. Seiring dengan kepesatan teknologi, Program NILAM juga menggalakkan mereka membaca buku-buku dalam bentuk digital yang boleh diperolehi dari Pusat Sumber Digital, e-book dan juga CD/DVD. Malah mereka juga boleh memuat turun bahan-bahan bacaan dari internet untuk mereka baca dan simpan sebagai koleksi peribadi mereka. Sekarang ini sudah ada teknologi di mana buku-buku berbentuk digital boleh ”membacakan” buku tersebut untuk kita dan boleh disimpan di dalam pemain muzik MP3 dan juga iPod. Dengan kepesatan teknologi yang semakin memudahkan kita di zaman ini, tidak ada alasan lagi sebenarnya untuk kita mengatakan bahawa kita tidak ada masa untuk membaca

Thursday 20 August 2015

JAWATANKUASA PSS TAHUN 2015

Guru Besar Baru Di SKIP, En Azli Bin Hashim, PPT

SENARAI TUGAS AJK PSS

SENARAI TUGAS PENASIHAT PUSAT SUMBER SEKOLAH (PENGETUA) 1. Merancang belanjawan tahunan PSS. 2. Memantau perlaksanaan segala projek dan tugas-tugas AJK dari semasa ke semasa. 3. Khidmat nasihat dan tunjuk ajar. 4. Meninjau dan meluluskan segala pembelanjaan yang berkaitan dengan PSS. SENARAI TUGAS PENGERUSI PUSAT SUMBER SEKOLAH (PK1) 1. Merancang pembangunan sumber manusia PSS dan mengemukakannya kepada Jawatankuasa Induk PSS. 2. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PSS. 3. Merangka Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS. 4. Memilih dan melantik guru-guru PSS bersama penyelaras. 5. Menentukan aktiviti-aktiviti tahunan PSS. SENARAI TUGAS NAIB PENGERUSI PUSAT SUMBER SEKOLAH (GK BAHASA) 1. Membantu pengerusi dalam urusan PSS. 2. Mempengerusikan mesyuarat sekiranya pengerusi tidak dapat menghadiri mesyuarat. 3. Merancang kursus dalaman untuk guru-guru PSS, guru-guru lain, pembantu am PSS dan pengawas PSS. SENARAI TUGAS PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH (GPM) 1. Membeli buku-buku, majalah dan lain-lain bahan yang sesuai untuk pelajar. 2. Menyemak / memperolehi bibliografi dan katalog daripada penerbit-penerbit buku. 3. Mengemaskini peraturan penggunaan PSS dari semasa ke semasa. 4. Menyelia perjalanan penggunaan PSS dan aktiviti tahunan. 5. Memantau kerja penyemakan stok buku pada hujung tahun. 6. Menyelia perjalanan projek nilam sepanjang tahun. 7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua. 8. Mengurus perbelanjaan dan rekod kewangan PSS. 9. Berbincang dengan pengerusi dan menentukan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat. 10. Memilih dan melatih pengawas PSS. 11. Mengisi IQ-PSS. SENARAI TUGAS SETIAUSAHA 1. Menyediakan dan mengedarkan surat jemputan mesyuarat. 2. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat. 3. Membantu penyelaras menyelia semua aktiviti tahunan PSS. 4. Mengawas Pengawas PSS. 5. Menguruskan dan mengemaskini fail dan rekod PSS dari semasa ke semasa. 6. Memastikan kemudahan-kemudahan PSS sentiasa dalam keadaan mencukupi. 7. Menyediakan senarai tugas pengawas PSS. SENARAI TUGAS AJK KECERIAAN 1. Menjalankan keceriaan di dalam dan di luar kawasan PSS. 2. Mengubahsuai kedudukan rak buku, perabot, alat dan sebagainya. 3. Menyusun atur ruang-ruang seperti majalah, suratkhabar, Karel, pameran, rekreasi, karya besar dsbnya serta kemudahan-kemudahan tambahan mengikut kesesuaian. 4. Memastikan segala panduan dan label tunjuk arah dilekatkan di tempat yang sesuai. 5. Mempamerkan peraturan dan panduan yang berguna di dalam PSS. 6. Menguruskan aktiviti yang dilaksanakan oleh pusat sumber dari segi penyediaan bahan dan perhiasan. SENARAI TUGAS AJK PROJEK NILAM 1. Membentuk Jawatankuasa Nilam. 2. Membantu guru kelas dalam membentuk kumpulan Rakan Pembaca. 3. Mengadakan aktiviti memperkasakan Nilam. * Sediakan kertas kerja * Sediakan jadual program * Sediakan laporan 1. Mengumpul dan merekod data Nilam. 2. Menyediakan analisis data Nilam setiap hujung bulan. 3. Menyediakan sijil pengiktirafan kepada pelajar berdasarkan rekod bacaan. 4. Mengisi dan mengemaskini I-NILAM. 5. Menyediakan jadual Nilam. SENARAI TUGAS AJK PROMOSI/ PUBLISITI 1. Menyediakan brosur dan buletin yang bersesuaian untuk pelajar, guru dan pelawat. 2. Menguruskan papan kenyataan PSS. 3. Menyediakan carta organisasi PSS bersaiz kad manila. 4. Melaksanakan pameran mengikut kesesuaian . Contoh Tema Hari Malaysia, Hari Pekerja , Kem Membaca dan sebagainya. 5. Mengemaskini Portal Pusat Sumber Sekolah. 3. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru dan pelajar. SENARAI TUGAS AJK BAHAN CETAK DAN BUKAN CETAK 1. Memastikan segala bahan bacaan PSS tersusun mengikut sistem pengkelasan yang telah ditetapkan. 2. Melakukan kerja-kerja seperti melapik, menggunting, melekat poket kad pinjaman dan slip, tarikh pulangan dan melekatkan label buku. 3. Mengurus pinjaman / pulangan bahan di kaunter sirkulasi. 4. Menjilid majalah dan surat khabar. 5. Menguruskan koleksi Direktori, Buku Laporan, Risalah, Kartografi dan Carta PSS. 6. Memperbaiki buku-buku yang rosak atau terkoyak.

Prasarana PSDDAS Tahun 2015