MOTTO PSS

MOTTO PSS
'Efektif, Berkualiti, Cemerlang' Menuju Konsep PSS Abad Ke-21

Sekapur Sirih Seulas Pinang...

Sekapur Sirih Seulas Pinang...
Assalamualaikum w.b.k dan salam sejahtera..

Selayang Pandang...

Pusat Sumber Datuk Dr Awang Sariyan Dalam Arah Pemantapan Kecemerlangan dan Kegemilangan PSS Sebagai Pusat Gedung Ilmu Berinovasi di SK Iskandar Perdana

Lantikan Pengawas PSS 2012

Lantikan Pengawas PSS 2012
Semoga dapat menjalankan tugas dengan cemerlang..tahniah!

Laman Web Sekolah

https://skiskandarperdana.wordpress.com/

Saturday 3 September 2016

KERTAS KERJA LITERASI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) BAHASA MELAYU

KERTAS KERJA LITERASI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) BAHASA MELAYU SK ISKANDAR PERDANA, 32610 SERI ISKANDAR, PERAK. PENGENALAN Literasi Maklumat Dalam PDP adalah berbentuk pencarian maklumat, mencatat dan menilai jawapan yang didapati untuk dibincangkan dalam kumpulan. Aktiviti ini adalah berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan. Ianya ini turut menguji ketahanan mental dan fizikal murid termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan. RASIONAL Memberi pendedahan dan kemahiran kepada murid-murid dalam pencarian maklumat dengan menggunakan koleksi yang terdapat di dalam bilik darjah dan sumber ilmu lain amnya. OBJEKTIF i. Mempelbagaikan maklumat. ii. Menyedarkan murid-murid tentang kepentingan perpustakaan dalam proses pembelajaran. iii. Menuju kearah Pembelajaran Abad ke-21 iv. Merangsang rasa ingin tahu bagi mendorong keseronokan menerokai dunia ilmu. SASARAN Murid-murid Tahap Satu dan Dua SK Iskandar Perdana TEMPAT Kelas Bahasa Melayu Tahap 1 dan 2 MASA Waktu pembelajaran Bahasa Melayu. PELAKSANAAN AKTIVITI: 1. Setiap kumpulan mendapat arahan berteraskan ilmu pengetahuan – memerlukan mereka mengembara dari satu perhentian (check point) ke satu perhentian untuk mendapat klu utama dan klu segmen. 2. Klu utama perlu dikumpulkan dan klu segmen perlu diselesaikan di setiap perhentian. 3. Pelbagai halangan akan diwujudkan sepanjang pengembaraan bagi membina daya tahan dan meningkatkan pemikiran kreatif untuk melepasi halangan tersebut. 4. Kumpulan pertama yang dapat menyelesaikan klu utama adalah johan pertandingan. 5. Bagi memenangi pertandingan ini, memerlukan pembacaan, persediaan, ketahanan dan strategi yang terancang. 6. Terdapat beberapa perhentian yang perlu dilalui oleh peserta secara individu dan berkumpulan. IMPLIKASI KEWANGAN BIL PERKARA RM 1 Bahan runcit SUMBER KEWANGAN Bahan terbuang JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Guru Besar En Azli B Hashim, PPT Timbalan Pengerusi Pen. Kanan Pentadbiran Tn Hj Mohd Ruduan B Dahalan Naib Pengerusi 1 En Mohd Yusuf B Sudin ( Pen Kanan HEM) Naib Pengerusi 2 En Ahmad Zahadi B Sopian ( Pen Kanan Kokurikulum) Naib Pengerusi 3 Pn Zuliyana Bt Saayan ( Pen Kanan Petang) Penyelaras Program: Pn Zurina Bt Ahmad ( Guru Perpustakaan & Media) Setiausaha Pn Fatin Afiqah Bt Ismail (Guru Nilam) Ahli Jawatankuasa: 1. Guru-guru Bahasa Melayu PENUTUP Program ini adalah merupakan satu aktiviti yang amat menarik. Murid-murid dapat melahirkan kepelbagaian idea. Ianya juga menggalakkan murid menggunakan bahan di dalam bilik darjah dan mendedahkan cara mencari maklumat dengan betul.

Analisis PSS

ANALISIS PINJAMAN BAHAN CETAK ( GURU ) PUSAT SUMBER DATUK DR AWANG SARIYAN JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2016

Saturday 27 August 2016

SOAL SELIDIK PUSAT SUMBER DATUK DR AWANG SARIYAN MAKLUMAT PELANGGAN:

* Required 1. RESPONDEN * Guru Pelawat Murid Tahun 1 Murid Tahun 2 Murid Tahun 3 Murid Tahun 4 Murid Tahun 5 Murid Tahun 6 2. JANTINA * Lelaki Perempuan 3. Kekerapan mengunjungi Pusat Sumber Datuk Dr Awang Sariyan untuk mendapatkan perkhidmatan * 1-3 kali sebulan 4-6 kali sebulan 7-9 kali sebulan lebih 10 kali sebulan TAHAP KEPUASAN PELANGGAN * Your answer 1. Layanan guru dan pengawas Pusat Sumber semasa berurusan * Tidak memuaskan Memuaskan Baik Sangat Baik 2. Tempoh masa bagi urusan di kaunter cepat dan memuaskan * Tidak memuaskan Memuaskan Baik Sangat Baik 3. Petunjuk arah jelas dan mudah difahami * Tidak memuaskan Memuaskan Baik Sangat Baik 4. Bahan bacaan terkini * Tidak memuaskan Memuaskan Baik Sangat Baik 5. Buku untuk pinjaman mencukupi * Tidak memuaskan Memuaskan Baik Sangat Baik 6. Waktu perkhidmatan menepati keperluan * Tidak memuaskan Memuaskan Baik Sangat Baik Other : 7. Kemudahan ruang bacaan yang selesa dan persekitaran kondusif * Tidak memuaskan Memuaskan Baik Sangat Baik Name * Your answer Email * Your answer Address * Your answer Phone number Your answer Comments Your answer SUBMIT Never submit passwords through Google Forms.

Friday 26 August 2016

Pusat Sumber Sekolah

PUSAT SUMBER SEKOLAH OLEH: MOHAMAD B.ABDUL KARIM Pendahuluan Pusat Sumber Sekolah merupakan satu punca segala pergerakan dan aktiviti ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan . Ia membolehkan semua pihak dalam organisasi sekolah dapat mencapai matlamat dan kurikulumnya. Kasim Abas(1989) mendefinisikan PSS sebagai: “Pusat sumber sekolah adalah pusat yang mengumpulkan /menyebarkan berbagai maklumat dalam beberapa bilik atau bangunan khas yang diuruskan secara sistematik oleh kakitangan media yang terpilih untuk memberi pelbagai perkhidmatan bagi mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.” Konsep Pusat Sumber Sekolah PSS merupakan nadi dalam perkembangan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Di sinilah tempat mengumpul, membina, memproses dan mengedar bahan cetak dan bahan bukan cetak dengan gabungan nilai-nilai kemanusiaan. Ia memberi perkhidmatan yang memudahkan penggunaan alatan/bahan dengan perancangan yang sistematik. PSS juga adalah punca segala aktiviti-aktiviti pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam memenuhi kehendak kurikulum dan kokurikulum. Matlamat dan Dasar Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran dan prestasi pencapaian akademik. Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan P&P supaya mereka tidak bergantung semata-mata pada buku teks dan kaedah ‘chalk and Talk’ sahaja. Menggalakkan tabiat pembelajaran kendiri, membaca, ingin tahu atau bertanya di kalangan murid-murid melalui penggunaan bahan di PSS. Membantu guru-guru dan pelajar dalam usaha menghasilkan dan menilai pelbagai alat dan bahan pengajaran pembelajaran. Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan murid-murid yang berbeza antara satu sama lain. Melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan serta menggunakan peralatan. Objektif Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru dalam hal pengurusan PSS. Penyediaan ‘blue print’ PSS dengan teliti dan lengkap untuk satu jangka masa yang panjang mengenai penglibatan semua guru matapelajaran dalam meningkatkan penggunaan sumber pendidikan sekolah. Mewujudkan satu iklim atau suasana sekolah yang baik di mana penggunaan sumber-sumber pendidikan menjadi satu amalan biasa di kalangan guru. Penambahan bahan cetak dan bukan cetak dari sekolah dengan cara membina , membeli dan meninjau. Peranan dan Fungsi Pusat Sumber Sekolah Sebagai agen berpusat untuk mendapatkan, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan pengajaran yang diperlukan oleh murid-murid dan guru-guru. Sebagai pusat di mana bahan-bahan dapat digunakan secara individu dan berkumpulan. Merupakan suatu bank di mana bahan pengajaran dapat dipilih untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah. Merupakan pusat perhubungan antara sekolah dan agen perkhidmatan maklumat lain seperti perpustakaan, Filem Negara Malaysia dan perpustakaan Universiti. Membolehkan guru dan murid mendapatkan bahan yang dimiliki oleh sekolah dan yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Memberi panduan kepada guru-guru dan murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing. Menjalankan tugas untuk menilai dari masa ke semasa bahan yang diperolehi. Menentukan bahawa alat-alat yang diperolehi itu adalah dalam keadaan baik dan yang dijaga dan dipelihara atau diperbaiki dari masa ke semasa. Menentukan bahawa alat-alat yang dihasilkan atau diperolehi selaras dengan keperluan kurikulum dan kokurikulum. Membuat perancangan supaya selaras dengan kehendak zaman berkaitan dengan perkembangan baru dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Menyediakan alat pendua termasuk alat rakaman dan perkhidmatan mengikut keperluan. Penyelengaraan Pusat Sumber Sekolah Maklumat dan Penyimpanan Katalog Simpanan dan Penggunaan Persekitaran pembelajaran Perkembangan Terbaru/Terkini Perkhidmatan Pengeluaran Pengeluaran bahan untuk guru. Penyelenggaraan Alat. Perundingan Perkhidmatan Nasihat. Perancangan Pusat Sumber Sekolah Perancangan mengikut keperluan sekolah- Faktor yang perlu diambilkira Lokasi dan fizikal sekolah Keadaan murid Keperluan kurikulum dan kokurikulum Sumber kewangan Kakitangan/ kepakaran Koleksi bahan/alatan. Jenis bahan PSS Bahan-bahan bercetak. Buku-buku fiksyen-Cerita rakyat, cerita rekaan berkaitan sejarah, sains, agama, keberanian, kesopanan, peradaban, pengambaran dll lagi. Buku-buku bukan fiksyen – buku pengetahuan, buku pelajaran, kamus,atlas ensiklopedia dan buku yang dapat membuka fikiran murid spt seni, sukan, hobi, kraftangan dlll. Bahan bercetak – majalah, risalah dan surat khabar. Bahan-bahan bukan bercetak. Ia terbahagi kpd 3 bahagian: Perkakasan Merujuk kepada bahan bukan tayang spt papan magnet, komputer mikro, transperensi dan lain-lain. Contohnya bahan tayangan iaitu OHP projector, projector slaid atau filem jalur. Bahan pendengaran pula terdiri daripada radio, radio kaset, pita kaset dan kad pembaca audio TV, VCR, projector filem dan projector dengan suara. Bahan tiga dimensi Merujuk kepada model-model atau bahan yang mempunyai dimensi (contohnya model kapalterbang, model rumah tradisi melayu model atom dsbnya) Ianya sesuai digunakan bagi membentuk konsep terhadap sesuatu yang sukar dipaparkan dalam bentuk ayat atau penerangan secara lisan. Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) PKG merupakan jalinan prasarana pendidikan yang memberi perkhidmatan kepada guru-guru setempat bagi hal-hal professional yang mengutamakan pelaksanaan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan selaras dengan falsafah Pendidikan Negara. Terdapat beberapa konsep yang ingin diketengahkan bagi PKG antaranya ialah:- a)Konsep Institusi Pendidikan Menerusi konsep ini, segala aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan bersifat setempat dan memungkinkan proses disentralisasi dalam melaksanakan aktiviti pendidikan b)Konsep budaya perkongsian Melalui konsep ini, guru dapat membudayakan aktiviti perkongsian samada dalam kumpulan dalam memupuk kerjasama antara satu sama lain. c)Konsep Pendemokrasian Pendidikan Konsep ini jelas memberikan peluang kepada guru untuk mencipta atau memperbaiki amalan-amalan dalam bilik darjah. Ianya dapat membantu dalam memertabatkan profesion perguruan melalui penglibatan peribadi. d)Konsep rangkaian dalam Pusat Sumber Pendidikan Konsep ini memberi satu wadah bagi pemusatan khidmat-khidmat setempat untuk guru-guru. Konsep rangkaian ini memperlihatkan jalinan perhubungan di antara PKG dengan PSS, Unit Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan, Jabatan dan Kementerian Pendidikan dan agensi lain secara berterusan. Peranan Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) PKG sebagai pusat kegiatan ikhtisas dan kurikulum Selaras dengan langkah-langkah ke arah mengagihkan tugas pelaksanaan kurikulum kepada kumpulan-kumpulan ikhtisas di peringkat negeri, daerah dan kawasan, intitusi ini bertanggungjawab dengan rapi serta memilih kegiatan –kegiatan ikhtisas dan kurikulum yang berkaitrapat dengan keperluan guru dan sekolah di mana institusi tersebut berada. Pada peringkat PKG pula guru dapat merancang dan membina bahan pengjaran dan pembelajaran serta menyertai sesi seminar, diskusi, kursus dan bengkel mengikut keperluan setempat. Melalui aktiviti ini guru dapat meluaskankan ikhtisasnya tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran. b)PKG sebagai pusat sumber PKG sebagai pusat sumber beroperasi untuk faedah guru-guru setempat. Pusat ini bukan sahaja menyimpan buku-buku, bahan rujukan, bahan pandang dengar dan perkakas yang boleh digunakan segera atau dipinjam oleh guru tetapi bertindak sebagai agensi penyebar maklumat tentang perkembangan pendidikan setempat dalam dan luar negeri. c)PKG sebagai pusat kegiatan social. PKG menyediakan kemudahan-kemudahan berinteraksi untuk melaksanakan kegiatan sosial, kebudayaan, sukan, rekreasi, kesenian dan majlis kebajikan ahli masyarakat sekeliling. Melalui aktiviti sosial ini, PKG dapat membantu dalam membina semangat berpasukan, kesefahaman dan kekitaan dalam masyarakat guru setempat. Peranan PKG dalam membantu penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan. Sejarah ke arah penubuhan PKG bermula pada tahun 1979 apabila sebanyak 330 unit projector slaid dibekalkan kepada sekolah-sekolah sebagai pusat sumber Tempatan. Selaras dengan konsep dan rasional penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri di 4 Negeri dalam tahun 1982-1984 dan Pusat Sumber Sekolah di seluruh negara dalam tahun 1986. Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara Bandar dan luar Bandar. Tujuan asalnya adalah untuk menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah. Pusat Sumber Eletronik (PSE) PSE merupakan suatu pusat media yang mana sumber maklumat boleh didapati secara capaian terus melalui media sebaran secara talian terus seperti CD-ROM, internet dan intranet dan sebagainya. Ianya menyimpan sumber maklumat yang disimpan secara digital dan boleh dicapai secara terus bila-bila masa, dimana-mana sahaja mengikut penetapan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan yang berkenaan. Ciri-ciri PSE Maklumat secara talian terus dapat dicapai bila-bila masa tanpa sempadan. Sumber maklumat sentiasa terkini dan mudah untuk dikemaskini. Mempunyai unsur-unsur interaktiviti dan tidak static seperti pusat sumber tradisional. Mempunyai elemen-elemen multimedia bagi menarik minat pelajar dalam mempelajari sesuatu tajuk. Elemen pencarian bagi memudahkan proses pencarian maklumat. Mesra pengguna. Mempunyai kawalan pengguna yang tinggi ke atas capaian kandungan, paparan dan kesukaran. Maklumat yang tiada sempadan dan tidak terhingga. Perbandingan di antara PSE dan PS Tradisional. PSE mempunyai maklumat tanpa sempadan serta batasan berbanding PST yang mempunyai ruang tertentu dan terikat kepada kawasan dan tempat. Maklumat yang terdapat dalam PSE boleh dicapai bila-bila masa dan di mana-mana sahaja manakala PSS terhad pada masa tertentu sahaja. Maklumat bagi PSE mempunyai kawalan pengguna yang tinggi dalam mencapai isi kandungan dan sumber bahan manakala PSS mempunyai akses yang terhad sahaja. Pencarian maklumat bagi PSE lebih mesra pengguna dan mudah berbanding PSS. PSE menyediakan proses interaktiviti yang tinggi dalam mencapai sumber maklumat manakala PSS lebih bersifat statik dan maklumat hanya dapat di akses melalui proses yang memerlukan masa yang tinggi. Kesimpulan Perkembangan teknologi moden yang semakin pesat dan seolah-olah tiada batasan dan sempadan dalam penyaluran maklumat menyebabkan seringkali seseorang itu melupakan kaedah penyampaian maklumat secar tradisi. Peranan PSS dan juga PKG semakin dipinggirkan hasil ledakan teknologi maklumat berasaskan internet dan cakera padat. Namun demikian sewajarnya teknologi tradisi ini disuburkan penggunaan dan keupayaannya seiring dengan perkembangan teknologi moden seperti PSE dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesinambungan kaedah lama dan kaedah baru dalam penyebaran maklumat dapat menghasilkan suatu kualiti kerja yang lebih baik dan terpimpin.