OKTOBER ini diisytiharkan oleh kerajaan Malaysia sebagai bulan bahasa kebangsaan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menobatkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan sebagai salah satu
usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran seluruh masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai satu bahasa atau 1 bahasa untuk mencapai perpaduan serta bahasa komunikasi.
Oleh kerana itu menurut Timbalan Perdana Menteri lagi, kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dirancakkan lagi sepanjang bulan ini (Oktober) supaya penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat akan menjadi lebih positif.
No comments:
Post a Comment