MOTTO PSS

MOTTO PSS
'Efektif, Berkualiti, Cemerlang' Menuju Konsep PSS Abad Ke-21

Sekapur Sirih Seulas Pinang...

Sekapur Sirih Seulas Pinang...
Assalamualaikum w.b.k dan salam sejahtera..

Selayang Pandang...

Pusat Sumber Datuk Dr Awang Sariyan Dalam Arah Pemantapan Kecemerlangan dan Kegemilangan PSS Sebagai Pusat Gedung Ilmu Berinovasi di SK Iskandar Perdana

Lantikan Pengawas PSS 2012

Lantikan Pengawas PSS 2012
Semoga dapat menjalankan tugas dengan cemerlang..tahniah!

Laman Web Sekolah

https://skiskandarperdana.wordpress.com/

Saturday 3 September 2016

KERTAS KERJA LITERASI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) BAHASA MELAYU

KERTAS KERJA LITERASI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) BAHASA MELAYU SK ISKANDAR PERDANA, 32610 SERI ISKANDAR, PERAK. PENGENALAN Literasi Maklumat Dalam PDP adalah berbentuk pencarian maklumat, mencatat dan menilai jawapan yang didapati untuk dibincangkan dalam kumpulan. Aktiviti ini adalah berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan. Ianya ini turut menguji ketahanan mental dan fizikal murid termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan. RASIONAL Memberi pendedahan dan kemahiran kepada murid-murid dalam pencarian maklumat dengan menggunakan koleksi yang terdapat di dalam bilik darjah dan sumber ilmu lain amnya. OBJEKTIF i. Mempelbagaikan maklumat. ii. Menyedarkan murid-murid tentang kepentingan perpustakaan dalam proses pembelajaran. iii. Menuju kearah Pembelajaran Abad ke-21 iv. Merangsang rasa ingin tahu bagi mendorong keseronokan menerokai dunia ilmu. SASARAN Murid-murid Tahap Satu dan Dua SK Iskandar Perdana TEMPAT Kelas Bahasa Melayu Tahap 1 dan 2 MASA Waktu pembelajaran Bahasa Melayu. PELAKSANAAN AKTIVITI: 1. Setiap kumpulan mendapat arahan berteraskan ilmu pengetahuan – memerlukan mereka mengembara dari satu perhentian (check point) ke satu perhentian untuk mendapat klu utama dan klu segmen. 2. Klu utama perlu dikumpulkan dan klu segmen perlu diselesaikan di setiap perhentian. 3. Pelbagai halangan akan diwujudkan sepanjang pengembaraan bagi membina daya tahan dan meningkatkan pemikiran kreatif untuk melepasi halangan tersebut. 4. Kumpulan pertama yang dapat menyelesaikan klu utama adalah johan pertandingan. 5. Bagi memenangi pertandingan ini, memerlukan pembacaan, persediaan, ketahanan dan strategi yang terancang. 6. Terdapat beberapa perhentian yang perlu dilalui oleh peserta secara individu dan berkumpulan. IMPLIKASI KEWANGAN BIL PERKARA RM 1 Bahan runcit SUMBER KEWANGAN Bahan terbuang JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Guru Besar En Azli B Hashim, PPT Timbalan Pengerusi Pen. Kanan Pentadbiran Tn Hj Mohd Ruduan B Dahalan Naib Pengerusi 1 En Mohd Yusuf B Sudin ( Pen Kanan HEM) Naib Pengerusi 2 En Ahmad Zahadi B Sopian ( Pen Kanan Kokurikulum) Naib Pengerusi 3 Pn Zuliyana Bt Saayan ( Pen Kanan Petang) Penyelaras Program: Pn Zurina Bt Ahmad ( Guru Perpustakaan & Media) Setiausaha Pn Fatin Afiqah Bt Ismail (Guru Nilam) Ahli Jawatankuasa: 1. Guru-guru Bahasa Melayu PENUTUP Program ini adalah merupakan satu aktiviti yang amat menarik. Murid-murid dapat melahirkan kepelbagaian idea. Ianya juga menggalakkan murid menggunakan bahan di dalam bilik darjah dan mendedahkan cara mencari maklumat dengan betul.

Analisis PSS

ANALISIS PINJAMAN BAHAN CETAK ( GURU ) PUSAT SUMBER DATUK DR AWANG SARIYAN JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2016