MOTTO PSS

MOTTO PSS
'Efektif, Berkualiti, Cemerlang' Menuju Konsep PSS Abad Ke-21

Sekapur Sirih Seulas Pinang...

Sekapur Sirih Seulas Pinang...
Assalamualaikum w.b.k dan salam sejahtera..

Selayang Pandang...

Pusat Sumber Datuk Dr Awang Sariyan Dalam Arah Pemantapan Kecemerlangan dan Kegemilangan PSS Sebagai Pusat Gedung Ilmu Berinovasi di SK Iskandar Perdana

Lantikan Pengawas PSS 2012

Lantikan Pengawas PSS 2012
Semoga dapat menjalankan tugas dengan cemerlang..tahniah!

Laman Web Sekolah

https://skiskandarperdana.wordpress.com/

Sunday 12 September 2010

Kenali Buku



MENGENALI JENIS-JENIS BUKU

• Buku Fiksyen
• Buku Bukan Fiksyen
• Buku Rujukan

Buku Fiksyen

• Buku Fiksyen Melayu
• Buku Fiksyen Inggeris

Buku Bukan Fiksyen

• Karya Am
• Falsafah
• Agama
• Sains Kemasyarakatan
• Bahasa
• Sains Tulen
• Teknologi
• Kesenian
• Kesusasteraan
• Sejarah & Geografi


Buku Rujukan

• Buku Rujukan Umum : -
Karya Am - 000 - 099
Falsafah - 100 - 199
Agama - 200 - 299
Sains Kemasyarakatan - 300 - 399
Bahasa - 400 – 499
Sains Tulen - 500 - 599
Teknologi - 600 - 699
Kesenian - 700 - 799
Kesusasteraan - 800 - 899
Sejarah & Geografi - 900 - 999
• Buku Rujukan Am

Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semua orang. Ia berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Antara buku rujukan am adalah:-

Almanak

Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat perangkaan. Ia juga merupakan kalendar tahunan yang mengandungi senarai haribulan dengan maklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan dan ramalan cuaca.

Atlas

Atlas merupakan buku yang mengandungi peta-peta, gambar rajah dan fakta-fakta dan data-data tentang sesuatu tempat; sesebuah tempat dan pelbagai maklumat lain berkenaan dengan sesebuah negeri atau Negara tertentu yang terdapat di seluruh dunia. Atlas mengandungi indeks yang memberikan baris-baris grid dan koordinasi untuk mencari lokasi tempat atau menentukan tempat-tempat berkenaan.

Direktori

Direktori adalah buku yang memuatkan maklumat tentang orang ramai, tempat, organisasi, individu, keahlian, data organisasi, alamat dan nombor telefon. Maklumat disusun secara sistematik berdasarkan urutan abjad atau perkara.

Ensiklopedia Umum

Ensiklopedia merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat luas tentang semua cabang ilmu pengetahuan yang pada umumnya disusun mengikut abjad. Ensiklopedia memuatkan semua tajuk tentang peristiwa atau fakta dan mampu menjawab persoalan tentang apa, bila, siapa, di mana, mengapa dan bagaimana kecuali hal-hal yang bersifat mutakhir. Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang ia dilengkapi gambar-gambar dan ilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan.

Gazetir

Buku gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai tempat-tempat atau lokasi. Ia tidak memberi definisi istilah-istilah geografi. Selain daripada maklumat geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan sejarah, perangkaan, kebudayaan dan fakta-fakta yang lain mengenai tempat-tempat. Gazetir disusun mengikut abjad.

Kamus

Kamus merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan seperti definisi, makna, asal-usul, sebutan, suka kata, tatabahasa, penggunaan dan kedudukan semasa dalam susunan berabjad.

Buku Rujukan Khas

Buku-buku Rujukan Khas memberi maklumat semasa secara terperinci, mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Ia mengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja. Antara buku rujukan khas adalah :

Abstrak

Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gaya penulisan yang sama dengan dokumen yang asal.

Bibliografi

Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan yang disusun mengikut nama pengarang,judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat di bahagian akhiran sesebuah bahanpenerbitan bercetak. Bibliografi
mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun diterbitkan.

Biografi

Biografi adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat mengenai riwayat hidup individu.

Ensiklopedia Khusus

Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi keterangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu perkara atau bidang yang berkenaan.

Glosari

Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataan tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan. Apabila pembaca membaca sesebuah buku, banyak perkataan baru akan ditemui. Untuk memahami maksud perkataan-perkataan tersebut, pembaca boleh merujuk halaman glosari di bahagian akhiran buku bukan fiksyen. Halaman glosari akan menerangkan maksud perkataan-perkataan baru yang terdapat dalam buku yang dibaca. Halaman ini mengandungi perkataan-perkataan yang penulis anggapkan baru kepada pembaca atau perkataan yang mempunyai makna tertentu di dalam buku yang ditulis oleh pengarang.

Indeks

Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatu maklumat seperti perkataan atau topik.

Istilah

Perkataan yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan.

NILAM - Nadi Ilmu Amalan Membaca



PENGENALAN
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca.


• Program ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan.

• Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.‘
PENDEKATAN

Pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mestilah berupa paksaan yang berterusan.

MATLAMAT NILAM

Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid.

OBJEKTIF
• Menjadikan murid-murid banyak membaca.

• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovasi bagi menyemai tabiat membaca.

APA ITU NILAM?

Nadi Ilmu Amalan Membaca

Satu program yang menggabungkan atau mengadunkan semua aktiviti galakan membaca di sekolah dengan memberi ganjaran/ pengiktirafan.

PELAKSANAAN NILAM

1. Tahap/ Peringkat Pertama - Jauhari
• Semua murid diwajib mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang sepanjang tahun.

• Diberi kemudahan meminjam buku dari PSS.
2. Tahap/ Peringkat Kedua - Rakan Pembaca (RP)

• Layak apabila telah membaca sekurang-kurangnya 100 buah buku.

• Mempunyai daya kepimpinan untuk menarik minat orang lain supaya membaca.


4Jadual dan cadangan permarkahan berdasarkan aktiviti:

Contoh:

• Bercerita 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
• Baca Bersama 1 sesi x 3 pembaca = 3 markah
• Bicara Buku 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
• Meminjam Buku 1 buku x 5 peminjam = 5 markah
18 markah

STRATEGI PELAKSANAAN

1. Taklimat Pengetua/ Guru Besar.
2. Penubuhan Jawatankuasa.
3. Mesyuarat/ Taklimat Jawatankuasa Bertindak.

4. Pengesanan & Penilaian Program.
5. Penyediaan Bahan.
6. Menentukan Peranan AJK
7. Pengumpulan Data.
8. Antara Aktiviti Yang Boleh Dijalankan:
- 10 minit bersama buku
- Bacalah sayang
- Membaca Secara Berpasangan
- Perbincangan buku
- Bicara Buku / Book Talk

9. Bilangan/ Jumlah Buku Yang DiBaca
- Dicatat ke dalam:
• Kad Rekod Kemajuan Murid
• Sijil Berhenti Sekolah

(Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12005 : Memantapkan Budaya Membaca di kalangan Murid Sekolah bertarikh 12 Mei 2005)

Saturday 11 September 2010

Variasi Dialek di Malaysia

Dialek Johor-Riau

Dialek ini digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’. Seperti contoh:

Saya - disebut sayě

Apa – disebut Apě

Berapa – disebut Berapě

Bagaimanapun akhiran ‘a’ untuk kata-kata yang diadotasi dari perkataan Indonesia dikekalkan seperti sebutan asal :

Anda – disebut anda

Merdeka - disebut Merdeka

bunyi akhiran ‘r’ tergugur pada kata-kata seperti berikut:

Besar - disebut Besa (dengan sebutan a yang betul)

lebar - disebut Leba (dengan sebutan a yang betul)

sabar - disebut Saba (dengan sebutan a yang betul)

Bunyi ‘o’ diguna menggantikan kata-kata yang berakhir dengan sebutan ‘ur”

Tidur – disebut Tido

Telur – disebut Telo

Besar-disebut Beso

Pengguguran bunyi ‘r’ ditengah kata sebelum huruf konsonen seperti berikut:

Kerja - disebut Keja (a menjadi sebutan ě)

Pergi - disebut Pegi

Berjalan - disebut Bejalan

Bagaimanapun terdapat viarasi kecil di dalam dialek ini mengikut kawaan-kawasan tertentu.

Variasi tersebut dapat dilihat dibawah:

Ejaan Standard Johor-Riau Johor Pesisir Barat & Utara Melaka

Besar- Besa/ Beso/ Besau

Lebar -Leba/ Lebo/ Lebau

Sabar- Saba/ Sabo/ Sabau

Langgar- langga/ Langgo/ Langgau

Tukar- Tuka /Tuko /Tukau



Dialek Negeri Sembilan

Penutur bahasa Melayu di Negeri Sembilan telah dipengaruhi bahasa Minang. Ini disebabkan negeri itu mempunyai sejarah panjang dengan Suku Minangkabau dari Sumatera.

Koba - kata/menyatakan
Cth Ayat: Den dah Koba'an, jangan poei kek topi sungai tu. Kan dah Kono.

Goba - selimut
Cth Ayat: Sapo punyo goba ini, dah koto?

Podeh - Pedas
Cth Ayat: Sambal udang tu podeh bona.

Ambik - Ambil
Cth Ayat: Poei ambik buah kelapo tu, den nak masak gulai ni.

Copek - Cepat
Cth ayat: Cubolah jalan copek cikit, kot tetingga bas nanti.


Dialek Perak

Terdapat dua pecahan kecil dalam dialek Melayu Perak (Tengah dan Selatan)

Sebagaimana dialek Johor-Riau, Dialek Perak juga tidak mengikut sebutan baku ‘a’ seperti contoh berikut:

Ejaan Standard Johor-Riau Perak Selatan Perak Tengah

Saya- Sayě/ Sayěě /Saye

Apa- Apě/ Apěě/ Ape

Berapa -Berapě/ Berapěě /Berape

Nota: Huruf-huruf ěě merupakan sebutan ‘ě’ yang dibunyikan dengan jelas. Manakala huruf ‘e’ mengikut contoh bunyi e dalam kata ‘beca’

Bagaimanapun terdepat sedikit perbezaan kata antara dialek Perak dengan Bahasa Melayu Standard seperti dibawah: (sekadar beberapa contoh)

BM Malaysia Perak Selatan Perak Tengah

Kamu -Koměě /Kome

Kota -Kotěě/ Kote

Dialek Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara)

Selain berbeza sebutan, terdapat juga perbezaan kata yang jelas antara dialek Utara dengan Dialek Johor-Riau. Ciri utama dialek ini adalah sebutan ‘a’ dihujung kata yang dibunyikan secara baku.

Ejaan Standard Dialek Utara

Saya -Saya (mengikut sebutan baku)

Dia- Dia (mengikut sebutan baku)

Mana- Mana (mengikut sebutan baku)

Huruf ‘r’ di akhir kata diganti dengan bunyi ‘q’. Lihat contoh:

Ejaan Standard Dialek Utara

Bergetar-Bergetaq

Ular- Ulaq

Telur- Teloq

Bunyi ‘i’ di tengah digantikan dengan bunyi ‘ia’

Ejaan Standard Dialek Utara

Pasir -Pasiaq

Baligh- Baliaq

Pengguguran huruf ‘g’ dibelakang kata. Contoh:

Ejaan Standard Dialek Utara

Kambing -Kambin

Kuning -Kunin

Anjing -Anjin

Kata-kata yang berbeza dengan Bahasa Melayu Standard (sekadar beberapa contoh):

BM Standard Dialek Utara

Awak-Kamu /Hang

Mereka- (bunyi ě) Depa (sebutan baku)

Sekejap- Sat

Kenapa (bunyi ě) Awat

Pergi- Pie

Kelapa -(bunyi ě) Nyoq

Terdapat juga dialek kecil didalamnya yang mempunyi sedikit beza sebutan seperti dibawah:

Dialek Utara Dialek Utara (Perlis)

Kasut- Kasuit

Pulut -Puluit

Dialek Kelantan (kecek kelate)

Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan dari dialek-dielak Melayu di Semenanjung. Selain beza sebutan, dialek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Ciri utama dialek Kelantan adalah penggantian huruf ‘n’ dan ‘ng’ di belakang kata dengan huruf ‘e’ (sama dengan bunyi e dalam kata Beca)

Ejaan Standard Dialek Kelantan

Kawan- Kawe

Bulan -Bule

Terang- Teghe

Tenang- Tene

Bukan -Buke

Tangan- Tange

Huruf ‘a’ di belakang kata juga diganti dengan bunyi ‘o’

Ejaan Standard Dialek Kelantan

Apa -Gapo

Saya- Ambo

Mana -Mano

Perbezaan kata antara dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard

Ejaan Standard Dialek Kelantan

Satu (dua, tiga empat…)- Se (dua, tiga empat…)

Saya -Kawe / ambo

Awak / Kamu -Demo

Bagaimana- Guano

Cakap-Kecek

Duit- Pitih

Gaduh- Gocho

Juara -Jogho

Kelapa- Nyo

Kawan - Saing

Dialek Terengganu

Gaya percakapan penutur dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan. Bagaimanapun ianya berbeza dari segi sebutan. Ciri utama dialek Terengganu adalah penambahan huruf ‘g’ bagi kata-kata yang berakhiran dengan ‘n’. Contoh:

Ejaan Standard Dialek Terengganu

Makan -Makang

Ikan -Ikang

Bukan- Bukang

Badan -Badang

Pun -Pung

Zapin- Zaping

Kemaman- (nama daerah) Kemamang

Jalan -Jalang

Hujan -Hujang

Dalam dialek Terengganu huruf ‘a’ di akhir kata juga diganti dengan bungi ‘ě’ yang jelas sebagaimana dielak Perak (selatan)

Ejaan Standard Dialek Terengganu Dialek Kelantan

Apa -Apěě/ Gapo

Mana -Maněě/ Mano

Ada -Aděě/ Ado

Pengguguran huruf ‘m’ didalam kata-kata seperti :

Ejaan Standard Dialek Terengganu

Jumpa -Jupěě

Sampai -Sapaa

Terdapat juga sedikit perbezaan kata didalam dialek Terengganu seperti contoh berikut:

BM Standard Dialek Terengganu

Duit- Piti

Selalu- Sokmo

(ada diantaranya sama dalam dialek Kelantan)

Dialek Pahang

Gaya penuturan sama seperti penutur dialek Kelantan dan Terengganu. Tetapi berbeza sedikit dari segi sebutan. Tidak banyak info yang diperolehi tentang dialek ini kerana penuturnya lebih cenderong menggunakan dialek Johor-Riau (Pahang di satu masa dahulu adalah sebahagian dari jajahan kerajaan Johor-Riau-Lingga)


A
Aok - awak
Ampuh - sempat
Ande - ada

B
Babir - degil
Berderau - gotong royong
Bahan - pukul, Contoh : bahan kuat sket..bior mampuih.
Berlengging - tak pakai baju, pakai suar jer
Berlemin - berminyak
Biroh - gatal

Buas - lasak
Buboh - letak
Boyaih - boroi
Berambi - berhati-hati,berwaspada
Borok - borak
Berte’eih - bertungkus-lumus,usaha gigih
Beraluih/beralus - perangai yang sopan santun,berbudi bahasa ,contoh ayat : mak suka benor ngan si tipah tu..beralus budaknya
Bela - repair contoh ayat Bila aok nok bela TV tu?
Beringor - memberitahu
Bersalai - disebut bersalei- maksud : tak mandi pagi
Berahi - suka (lebih kpd barang ye bukan org…kekkeke…disebut
Bergodok - menghentak kaki ke batang lesung secara bersama/serentak serta dengan kadar yang cepat masa mengempin
Bertonyeh - gaduh mulut

C
ce - awalan pada beberapa perbuatan..seperti..awok ce cuba dulu
Cemuih - bosan
Cenekang - kuku cekam tu le
Cekut - cakup/beritahu
Celau - hari ribut..sebab melakukan sesuatu luar biasa/tabie..seperti laga kucing
Chika - mual/muntah/perut memulas
Cokei - cukai
Copeng - kedudukanobjek yang berada di bucu meja dan hampir2
terjatuh.
Cemat - pukul, merotan.
cokeng - tegak
Cakner -tak amek peduli, tak kisah.Contoh :sebab pagi tadi aku lupa gi keja gosok baju.. lalu mak aku kata bebudak sekarang ni tok cakne langsung

D
Dan - sempat,cth : la napenye tak makan lagi?tak dan ker?
Doh - sudah , Contoh : awok doh makan ker?
Dema - (awak,biasanya utk ramai) cthnya: dema ni takde keja lain ke
Daur - sebaya,berkaitan dgn usia
Degut - [ isk nak beri makna benda lak ni ] Dedor - suam-suam kuku
E
F
G
Gohek - kayuh
Godei - kacau kacau air, dodol
Goge - hingar bingar
Gebor - selimut
Gonyoh - Sental kuat2
Getik - geli,meluat
Gamoknye - agaknya
Gasok - suka hati awaklah
Gonggot - rambut yang digunting tak sekata
Godan - pukul dengan anggota tubuh badan.

H
Habat/habad - pengotor
Hantoi - lembap,slow pergerakan
I
J
Jabir - plastik
Jenih - jenis
Jenuh - puas,cth : ntoh ler..jenuh dah koi nunggu
Juwei - dahan pokok yang yang mencecah permukaan sungai (kalau tak silap la)
Jelun - biasanya kalau demam ambil tuala.celup ngan air asam jawa. jelun kepala

K
koi - saya,aku(biasa pakai belah temerloh je)
Kair - (ke air)maknanya..pergi ke sungai.ngail
Kome - kami
Kulo - warna kelabu tahi anjing
kehut,kehot,kehak - letih..sengal
Kerang - menangis dengan sepenuh hati
Keri - ketawa teramat sangat.gelak guling-guling
Kupik - kedekut
Kerapoh - sisa2/bersepah cth:sisa -Boh ke kawan kerapoh tulang2 ikan tu yek
Kecah - Lecak
karang - nanti,sebentar lagicth : karang lah mok koi kupas nyour tu
Kelat - tipu (nie bukan kelat buah tau)cth ayat :tak aci sungguh main kelat
Kememe - sama cam tembe gak
kekalu - emping dibuat dari padi pulut
kerajat - taktau (kena tanya tihani ni)
komeng - sinonim ngan nyiur/kelapa
Kuit/menguit - biase nye menunjukkan sesuatu yang banyak/ramai
Komoih - Gomol.Jgn le komoih budak tu nak tido weh
kobek - belek2…menyiasat ( bukan menyiasat org ye )
kepok - tempat simpan padi
kehem - berkehem, bersungguh-sungguh/keterlaluan
kodi/kudi? - ketinggalan zaman
keknya - tetapi
ketnyer - lebih kurang walobagaimana..heee.. kipai - letih /lenguh tangan
kahat -(jarang digunakan)
kenit - kecil
kederat - upaya
kelompeng - beg.

L
lat - tenggang/jarak masa
lantak aok - suka hati awak
lacuh - tempat yang banyak dilalui atau digunakan
lehet - dipakai bagi bagi buah labu
Lece - Tilam,
lengit - kalah teruk
ledut - pekat
Lejut - basah teruk(lencun)
Lepe - cuai
lecoh - becak
leweh - lemah longlai(cakap atau utk perbuatan)
lembang(berlembang) - sepah, berterabur

M
Moh - jom,mari
Mok - mak
Mengelice- mengelupur
Menikei/kenikei - buah tembikai
Meleweh - bercakap mcm nak tak nak
Mereloh - tido
Meronoh - buang air besar
Membute - tido
Mencayak tu - laju sangat bawak moto
Mengelentat - mengada2 seksi
Merohong - wangi sangat
Melantong - busuk sangat
Merebang/mengerebang - rambut tak terurus
Merening -benda yang nak pecah(bulat)
Meraban - tak tentu hala
Menginding - kita dekati pihak lain secara diam-diam,jugabermaksud berdampingan
Mengekelan - tercekik(berkaitan dengan makan)
Mengkone - kemana-mana
Merarau - tanya orang tembeling..makna
Menggeledeng - (Susah la nak explain maknanya), tp something yg merujuk kpd pergerakan badan.Bakper menggeledeng ngat ni?
Merahang - (jarang digunakan)
Masam Menaung - Masam Sesangat
Masam mencekut - masam sesangat
Merepih - mencangkul rumput
Mengopeh - suka pegang sana..pegang sini..tangan tak duduk diam
Merepau -jalan dalam hutan tanpa tujuan
Melengger - apa ye perkataan sesuai.contohnya perahu yang hampir nak dimasuki air
Merabung -kuantiti yang banyak.nasi sepingan rabung
Mengoteh, meroteh - tgn tak dok diam
melukah - (kain yang dipakai terbuka)
menganjing - mengada..hehe
Motong - (menoreh getah)
Mamai - emosi tak stabil(betul ke guna makna ni?)
Manis meleting - teramat manis
Mengekot - tubuh berbaring dengan bengkok..ala cam asam gelugur kedudukanya.
Mengaran,menajau - menangkap ikan dengan cacak tiang tgh sungai ikat tangsi dan mata kail.untuk pemberatnya tampat botol bersama.
Merawei - satu lagi cara menangkap ikan.
Mengoloh - tolak balik/undur
Mencelabak - benda jatuh dalam jumlah yang banyak atau berat
Melepam - pahit/.masin/masam sangat
Mencanak -laju sangat(mencayak?)
Mek nye(matnya) - kenapanya
Malaih - malas
Mombong - penuh
Mengkane - telekung sembahyang

N
Nyayup - tinggi sangat diatas atau bawah sangat
Nyuluh - operasi buru binatng hutan pada mlm hari
Ngilir - menghala kehilir sungai.(dengan bot/perahu) secara perlahan.
Ngonyoh - gosok dengan kasar
Nyeraya - suruh
Nine - perempuan yang manja (drpd perkataan betina).

O
Oteing - Pening!Pah palih! Oteing paler kawan nak buat mende ni!

P
Pedooh’ - tipu
Paluh - air sungai yang terkepung dek pasir(air tak mengalir)
Pundung/safa - rumah kecik yang dibuat untuk berehat seperti tepi sawah,kebun durian dsb
Pepalih - maksudnya macam…ishh…teruknye. cthnye : pepalih awok nyape buat gitu
Podot - sumbatcth ayat: kadir.kalau tok muat jugek aok podot je la baju tu dlm beg ni
Perintan - Keadaan,masa
Polok - gelojoh
Palor - Biar

Q

R
Rodong/ghodong - kengkawan cth. ayat: mok..koi nok keluor kejak jumpa ghodong
Racik - jerat ayam hutan
Rhebas - hujan dah mula turun renyai2..
Ralit - kusyuk
Rege - harga

S
Sesemut -kebas kaki
Senyour- kebas kaki juga
Seronyih - serabut, tak kemas, tak seperti keadaan asal
sangei - tudung saji
sengkawang -(tak tau makna dia ni)
Sengkelen -duit siling/pulas tangan kebelakang
Sempelet - kotoran di badan
Se’eh - Kenyang yg teramat sgt.Cth : Se’ehnya perot kawan ni.rase macam tok leh nok bangun doh!
Sokmo - selalu , Contoh :ler..sokmo nye aku yang kena buat..pemalas betul budak nie!
Setoho - di sana,
Seman (sebutan dengan seiman) - terkena badi/kenan.
sepolit - tinggal sedikit
Sekeceng - tidor sekejap sangat
Sokmo - selalu
Sakat -kandas/tersekat pergerakan perahu/bot.dalam air dek kerana pasir

T
Tatin - angkat jemuran
Taruk - letak
tekeh - sekeh/ketuk/pukul dengan belakang gemgaman tangan.
Tawor Hebe - Tawar Sesangat (Air)
Tekeih - sikit lagi. tekeih dah no kena ikan tadi.(sikit lagi nak dapat tangkap ikan itu)
Tohor - cetek , cth ayat: lor..mek nya tohor ngat air sungei nie
Tertomos - jatuh tersembam, tersungkur
Tembe - lembek, lemah, manja
Tok - tidak , Cth : tok makan lagi la..kawan lapo nie,
Tebal bakut - sangat tebal ( bak kata org pahang ckp bahse KL tebal giler!)

U

V

W
Wabe/bala/papalih - lebih kurang le makna tiga perkataan tu.

X

Y

Z

Dialek Sarawak

Bahasa Melayu Sarawak merupakan dialek yang paling besar perbezaannya dengan dialek-dialek Melayu lain di Malaysia. Dielak ini juga dipengaruhi bahasa Melayu Brunai, Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan bahasa suku-suku di Filipina. Berikut adalah beberapa perkataan didalam dialek Melayu Sarawak

BM Standard Dialek Sarawak

Saya- Kamek

Awak / kamu -Kitak

Dia -Nya

Tidak- Sik

Jangan- Sikboh

Ini -Itok

Sini- Sitok

Itu -Ya

Situ- Siya

Sana- Sinun

Mana -Ne

Dimana- Sine

Cakap -Madah

Orang -Sidak

Cantik -Kacak

Sombong- lawa

Lama- Lamak

Jumpa- Temu

Kucing -Pusak / pusa

Anjing -Asok

Ayam -Manok

Ya -Auk

dan banyak lagi perkataan dalam dialek Sarawak yang sangat berbeza dengan dialek-dialek Melayu di Semenanjung. (tapi ada juga yang sama)

Dialek Sabah

Bahasa Melayu Sabah tidaklah banyak berbeza dengan bahasa Melayu Semenanjung berbanding bahasa Sarawak. Bilangan orang Melayu-Brunei yang bukan majoriti tidak dapat mempengaruhi pertuturan Bahasa Melayu di Sabah. Keadaan ini menyebabkan suku-suku asli di Sabah menjadi bahasa Melayu Standard sebagai bahasa pemersatu antara mereka. Bagaimanpun, mereka menggunakan sebutan baku yang bunyinya seperti Bahasa Indonesia. Disaming itu terdapat juga kata pinjaman dari bahasa suku kaum di negeri itu. Bagaimanapun data yang tersedia masih minium

Biarpun banyak variasi dalam dialek-dialek Melayu Malaysia, generasi muda kini semakin ramai yang menggunakan bahasa Melayu Standard berbanding dialek ibu mereka sendiri. Keadaan ini dapat dilihat ketara pada pertuturan orang Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.

10 tips membina sikap positif..



Petua 1 : Jangkakan Kejayaan Hukum minda

Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif.

Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia. Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut.

Lihat diri anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.

Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.
Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang

Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani.

Cuba lihat senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan.

Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang. Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Maknanya, apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut.

Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh akan memohon untuk berlakun.

Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya mencecah
ratusan muka surat.

Anda akan mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.

Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan.

Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, maka bertindaklah seperti pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang! Sekiranya anda seorang pekerja, bertindaklah seolah-olah anda pekerja cemerlang sekarang!

Mula mengurus masa secara berkesan, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya. Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda.

Orang lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat. Orang lain yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.

Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini. Hayati watak orang cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda.

Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru.

Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.
Petua 3 : Ubah Penampilan Diri

Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif.

Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual.

Sampai sahaja di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya.

Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin.

Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah ‘biar papa asal bergaya’.

Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda.

Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif. Mereka mempengaruhi pelanggan dengan penampilan diri begitu.

Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:
1. Potongan rambut – Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
2. Pilihan warna dan corak – Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta ‘matching’.
3. Jenis pakaian – Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
4. Kemas dan rapi – Sentiasa digosok rapi.
5. Kasut – Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
6. Aksesori – Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
7. Jenama – Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
8. Kesihatan diri – Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
9. Gaya – Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
10. Senyum – Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.

Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam masyarakat dan karier yang anda ceburi. Walau siapa anda, sama ada sedar atau tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga.

Mereka mahu melihat calon-calon secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang. Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.
Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, “kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya”.

Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.

Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya.

Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.
Petua 5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan

Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya luntur. Ada ketikanya kita terlupa tentang matlamat yang dikejar disebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada ketikanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri.

Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.
Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan

Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikir positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran.

Sebagai contoh mari kita lakukan aktiviti yang cukup mudah. Keluarkan sehelai kertas sekarang dan lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambillah masa lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan sama ada lakaran itu cantik atau tidak, lakarkan sahaja apa yang tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai.

Baik sekarang saya tanya anda, ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu? Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin dapat menghasilkannya.

Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang berjaya.

Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:

- Mulai hari ini aku tidak malas lagi.

-Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.

- Aku tidak mahu lawan cakap suami lagi.

Positifkah anda? Jawapannya ialah tidak! Hasrat anda memang baik tetapi fikiran anda negatif sebab anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar bagaimana anda main-main dalam pekerjaan. Anda terbayang bagaimana anda melawan cakap suami, ibu bapa, ketua dan sebagainya. Kalaulah ini yang tergambar maka inilah juga yang akan terhasil! Anda menghasilkan sesuatu yang negatif sedangkan hasrat anda baik.

Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:

- Mulai hari ini aku seorang yang rajin.

- Mulai hari ini aku solat lima waktu.

- Aku akan tumpu pada guru dalam kelas.

- Aku ikut cakap ibu bapa.

Lihat, kata-kata di atas membawa maksud yang sama tetapi dari sudut yang positif. Maka yang tergambar juga adalah gambaran yang positif. Kalau yang positif anda nampak maka positiflah juga tindakannya nanti. Memanglah anda mungkin tidak berubah dengan hanya sekali, dua kali atau sepuluh kali berkata-kata secara positif. Tetapi kalau setiap hari dan beratus-ratus kali anda amalkan dalam hidup anda maka satu hari nanti tanpa anda sedari anda menjadi orang yang positif. Oleh itu ingatlah… fokus kepada apa yang anda mahukan!
Petua 7 : Kejayaan Silam Membarai Diri

Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Waktu kecil dulu mungkin kita pernah tewaskan rakan-rakan dalam suatu permainan dan kita berbangga dengannya. Mungkin juga kita pernah dulunya dipuji atas pencapaiaan, kualiti kerja atau kerajinan kita. Mungkin kita pernah menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa jua pertandingan. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif, malas, bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan membara sekiranya anda lakukannya bersungguh-sungguh. Semangat untuk kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif.

Tidak kira betapa gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kuangnya sekali anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam.

Lakukan perkara berikut, sediakan satu buku kecil dan senaraikan semua kejayaan anda sejak dari dahulu hingga ke hari ini, sama ada kecil atau besar. Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu, gambarkan keadaan ketika itu, rasakan perasaan anda ketika itu dan dengar apa yang anda dengar ketika itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap urat nadi anda. Sentiasa kemas kini buku kecil anda ini dengan kejayaan-kejayaan baru. Ia adalah sumber tenaga dan kekuatan anda.

Anda mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda. Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja.

Satu tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting dalam hidup anda sama ada melalui gambar atau rakaman video.

Setiap kali anda rasa tertekan, anda rasa tidak dihargai, anda rasa putus asa – lihat kembali buku kecil dan rakaman anda ini
Petua 8 : Saranan Diri Positif

Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran.

Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah. Anda juga boleh cipta sendiri katajaya itu, misalnya:

“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”

“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”

“I’m the best!”

“I can do it!”

Jadikan kata-kata ini sebagai sebahagian dari hidup anda. Saran diri anda setiap hari dengan kata-kata ini hingga ia lazim dalam minda anda.

Petua 9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif

Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar denagn siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya.

Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:

- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?

- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?

- Apa yang belum aku selesaikan lagi?

- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?

- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman anda. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda.

Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan lazim yang secara konsisten terbit difikiran. Manusia lemah sering mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata:

- Nak buat macam mana aku ni lemah.

- Engkau lain aku lain.

- Engkau bolehlah aku ni siapa.

- Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah..

- Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah..

- Dah tahu diri tu bodoh buat apa tunjuk pandai.

Soalan yang positif akan:

- Megubah persepsi dan cara fikir kita

- Mengubah fokus kita

- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita

Petua 10 : Dapatkan Model Ikutan

Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi.

Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W.

Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja.

Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka.
Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.

Jumpa di puncak kejayaan di tahun 2010.

Organisasi dan Pengurusan

1.1 HUBUNGAN ANTARA ORGANISASI DENGAN PENGURUSAN
ebelum seseorang itu meninjau dengan lebih mendalam tentang konsep pengurusan secara menyeluruh, eloklah sekiranya seseorang itu memahami dengan lebih jelas tentang organisasi dan ciri-cirinya. Kefahaman yang mendalam tentang konsep organisasi itu penting kerana pengurusan dan organisasi merupakan satu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Wujudnya sesebuah organisasi itu sama ada organisasi kecil atau besar, swasta atau awam memerlukan pengurusan atau pengendalian aktiviti-aktiviti organisasi.
1.1.1 Definisi Organisasi
Organisasi dapat didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan, dan organisasi.

Definisi di atas menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi: organisasi sebagai satu unit sosial, penyatuan usaha, dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain.
1.1.2 Organisasi sebagai Unit Sosial
Apabila organisasi itu dianggap sebagai unit sosial, ini bermakna ia mempunyai beberapa orang pekerja yang telah diberi peranan tertentu untuk menjalankan sesuatu tugas. Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu dengan lain bagi menyiapkan sesuatu tugas itu. Sekiranya mereka ini menjalankan tugas tanpa memerlukan perkhidmatan dan kerjasama daripada pihak lain, sudah tentu tugas yang dijalankan itu tidak dapat disiapkan seperti yang dikehendaki sama ada dari segi masa, kualiti, kuantiti, dan penentuan-penentuan lainnya.
1.1.3 Penyatuan Usaha dan Hubungan di Kalangan Pekerja
Sesebuah organisasi memerlukan pekerja yang menyatupadukan usaha mereka supaya mencapai matlamat yang dikehendaki. Sekiranya tidak ada perpaduan di kalangan pekerja, sudah tentu organisasi itu tidak dapat menjalankan aktivitinya dengan berkesan dan sempurna. Keadaan organisasi akan menjadi kucar-kacir tanpa sebarang haluan yang tertentu. Penyatuan usaha hendaklah wujud di dalam sesebuah organisasi bagi menjamin pencapaian yang telah disenaraikan. Hubungan di kalangan kakitangan dapat menjamin organisasi itu bergerak dengan sempurna, tersusun dan berkesan. Penyelarasan melalui peraturan dan prosedur yang dibuat dapat meningkatkan hubungan antara satu fungsi dengan satu fungsi yang lain dan antara individu dengan individu yang lain.

1.2 CIRI-CIRI ORGANISASI
1. Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri. Misalnya, sebuah universiti seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebagai sebuah pusat penyelidikan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat, dan pengajaran dan pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat kampus khususnya dan masyarakat awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.

2. Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dan setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggung-jawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

3. Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel, pemasaran, dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.

4. Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan demikian, di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, prosedur, dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata.
Keempat-empat ciri yang disebutkan di atas hendaklah wujud di dalam sesebuah organisasi. Penentuan sama ada organisasi itu berkesan, efisien atau tidak, bergantung kepada sejauh mana keempat-empat ciri itu diseleng-garakan, disusun, dan diamalkan.
1.3 APAKAH YANG DIKATAKAN PENGURUSAN?
Apabila organisasi telah diwujudkan mengikut keempat-empat ciri seperti yang diterangkan di atas, masalah yang akan timbul ialah bagaimana organisasi itu harus diuruskan dengan sempurna, berkesan dan mencapai matlamat yang dirancangkan. Tanpa pengurusan yang betul, pelbagai masalah mungkin akan timbul, baik dari segi kewangan, pemprosesan, dan inventori hinggalah kepada masalah peribadi di kalangan para pekerja.

Kita pernah mendengar dari media massa tentang beberapa organisasi perniagaan khususnya, yang telah gagal bukan semata-mata kerana masalah persaingan tetapi juga disebabkan oleh pergolakan di dalam organisasi itu sendiri seperti tidak ada persefahaman antara pihak atasan dengan peringkat bawahan, perancangan dan ramalan yang tidak tepat, pembaziran sumber atau penyusunan struktur yang mengelirukan.
Pengurusan, pada amnya dapat didefinisikan seperti berikut:
1. Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

2. Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya.
Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan "proses" dan "matlamat". Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan ialah:
1. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain.

2. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka matlamat organisasi itu dapat dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif (objektif).
1.4 PROSES PENGURUSAN
Proses atau fungsi pengurusan dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi bergantung kepada cara kita mengelaskan fungsi-fungsi perancangan, penyusunan, penyelarasan, penstafan, dan pengawalan. Pada amnya, fungsi pengurusan dibahagikan kepada empat sahaja, iaitu perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan.
1.4.1 Perancangan
Sebelum pihak pengurusan memulakan aktiviti organisasi, perancangan hendaklah dibuat terlebih dahulu. Pada peringkat perancangan, perkara yang perlu dipersoalkan adalah seperti berikut:
1. Tujuan dan objektif: Ini termasuk mengenal pasti perkara yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi berdasarkan matlamat penubuhan organisasi tersebut dan prestasi yang diinginkan seperti kadar pertumbuhan organisasi atau peratusan keuntungan dan lain-lain.

2. Strategi organisasi: Apabila matlamat dan tujuan telah ditakrifkan dengan jelas, organisasi perlu mencari jalan (strategi) untuk mencapai matlamat dan tujuan seperti yang diharapkan itu. Di dalam strategi, pihak pengurusan akan membincangkan perkara seperti strategi pemasaran yang meliputi perletakan harga, perluasan pasaran atau perbezaan barangan agar organisasi itu dapat bersaing dengan pihak luar.

3. Langkah seterusnya, pihak pengurusan harus mengatur program atau projek mengikut strategi yang berasaskan matlamat organisasi.
1.4.2 Penyusunan
Penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan penstafan (proses pengambilan kakitangan). Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti (pemasaran, kewangan, pemprosesan dan lain-lain), tingkat (hierarki) autoriti, penyelarasan melalui peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat. Penstafan meliputi perancangan sumber manusia, pengambilan dan pemilihan kakitangan, orientasi dan latihan, penilaian prestasi, sistem pampasan (gaji, upah, dan faedah), program peningkatan produktiviti dan kualiti, program keselamatan dan kesihatan kakitangan, dan program kebajikan dan perkhidmatan kakitangan.
1.4.3 Pengarahan
Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni. Untuk mencapai matlamat ini faktor-faktor motivasi, kepimpinan, dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan.
1.4.4 Pengawalan
Pengawalan merupakan fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan; masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah tertentu diambil; faktor-faktor di dalam organisasi, keinginan dan sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi.
1.5 MENGAPAKAH PENGURUSAN?
Pengurusan diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu kecil atau besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi.

Kita pernah mendengar kata-kata seperti: "Masalah yang timbul itu adalah dari pihak pengurusan... ". Pernyataan seperti ini dimaksudkan kepada mereka yang menduduki tingkat atas di dalam organisasi, padahal kelemahan dan masalah yang timbul itu berpunca dari semua pihak pada peringkat pengurusan. Dalam konteks pengurusan, pengurus dimaksudkan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap pekerjaan orang lain pada semua peringkat.
Setiap pengurus mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu, antaranya:
1. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka mempunyai kuasa yang diberikan untuk mengarah orang lain yang berada di bawah tanggungjawabnya.

2. Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan efisien untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

3. Pengurus juga tidak boleh lari daripada bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan orang di bawah jagaannya. Kegagalan dan kejayaan itu mencerminkan prestasi pengurus berkenaan.

4. Pengurus mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti seperti menjalankan kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta.

5. Pengurus mewujudkan matlamat, perancangan, dasar, dan mengimple-mentasikan strategi.
Aktiviti pengurusan berbeza mengikut tingkatan di dalam organisasi. Misalnya, pengurus atasan menggunakan kebanyakan masa mereka di dalam perancangan jangka panjang, perhubungan awam, membuat dasar serta menganalisis perkara-perkara yang berlaku di persekitaran luaran. Pengurus pertengahan atau penyelia sebaliknya memainkan peranan yang lebih di dalam penyelarasan dan pengawalan kerja pada peringkat operasi. Satu kenyataan yang harus kita terima ialah pengurus lebih berhadapan dengan faktor-faktor yang tidak dapat dikawal daripada faktor-faktor yang boleh dikawal. Misalnya, sumber selalunya terhad, kuasa yang diberikan terbatas, pihak atasan mengharapkan sesuatu yang mesti dicapai dan permintaan orang bawahan memerlukan pertimbangan. Oleh yang demikian, untuk membolehkan sesuatu perkara itu dilaksanakan, pengurus memerlukan kepakaran, keyakinan, dan mempunyai kesabaran.
1.6 PENGURUS DI DALAM ORGANISASI
1.6.1 Tingkat Pengurusan
Sudah menjadi kebiasaan untuk membezakan kedudukan pengurus mengikut hierarki kuasa atau pangkat di dalam organisasi. Perbezaan ini dapat dilihat di dalam rajah 1.1 hierarki pengurusan.

Rajah 1.1. Hierarki pengurusan

1.6.2 Pengurus Atasan
Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri daripada Ketua Eksekutif, Presiden atau Pengurus Besar yang menetapkan matlamat dan menentukan ia tercapai mengikut tujuan organisasi. Pengurus atasan ini juga meneliti perkembangan dan peluang yang berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi itu dapat menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku.
1.6.3 Pengurus Pertengahan
Tugas pengurus pada peringkat ini, termasuklah menyelaras dan menyatupadukan aktiviti bahagian untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Mereka pada peringkat ini terdiri daripada Pengurus Kawasan, Dekan Pusat Pengajian di universiti, Pengurus Personel dan lain-lain.
1.6.4 Pengurus Bawahan
Penyelia, Fomen, dan Ketua Kumpulan adalah antara mereka yang dimasukkan ke dalam kategori pengurus bawahan. Tugas mereka mengawasi pekerjaan harian di bahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar pengeluaran itu mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan dan bawahan.
1.7 PERANAN PENGURUS DI DALAM ORGANISASI
Apabila seseorang pengurus memasuki organisasi, tidak kira sama ada organisasi swasta atau kerajaan, ia diberikan autoriti rasmi dan juga pangkat untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab. Apabila pengurus itu mempunyai autoriti dan pangkat di dalam organisasi, misalnya sebagai seorang ketua jabatan atau ketua bagi keseluruhan organisasi, maka peranannya selain tugas rasmi, menjadi lebih kompleks lagi.
Henry Mintzberg membahagikan peranan pengurus kepada tiga bahagian:
1. Peranan sebagai penghubung atau orang perantaraan.
2. Peranan sebagai penyebar atau penyampai maklumat.
3. Peranan sebagai pembuat keputusan.
Rajah 1.2 di bawah ialah petikan daripada Henry Mintzberg, The manager's job: folklore and fact.
Rajah 1.2. Peranan pengurus
1.7.1 Peranan Penghubung Individu
Terdapat tiga peranan pengurus sebagai penghubung individu. Peranan-peranan ini datangnya terus daripada autoriti yang dipunyai oleh beliau.
1.7.1.1 Sebagai orang terpenting. Pertama ialah peranan sebagai orang terpenting. Oleh kerana pengurus itu mempunyai pangkat sebagai seorang ketua unit organisasi, maka beliau mestilah menjalankan tanggungjawab yang bersifat sosial. Sebagai contoh, seorang pengurus itu perlu menghadiri majlis perkahwinan kakitangan bawahannya atau seorang pengurus pemasaran melayani pelanggannya di majlis jamuan. Walaupun peranan ini tidak memerlukan keputusan penting diambil dan kadang-kadang dianggap biasa, tetapi ia penting demi untuk mengeratkan perhubungan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ketua yang dihormati.
1.7.1.2 Sebagai pemimpin. Oleh kerana pengurus itu bertanggungjawab kepada unit organisasi, maka ia bertanggungjawab ke atas kerja-kerja kakitangan unit tersebut. Setiap pengurus memainkan peranan sebagai
pemimpin yang mendorong dan menggalakkan pekerja untuk bekerja dan menentukan bahawa matlamat mereka itu sealiran dengan matlamat organisasi.
1.7.1.3 Sebagai pegawai perhubungan. Sebagai pegawai perhubungan, pengurus harus mengadakan hubungan dengan pihak luar untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan yang berlaku di luar organisasi. Perhubungan ini dapat dilakukan secara tidak rasmi atau secara persendirian tetapi mestilah berkesan.
1.7.2 Peranan Penyampai Maklumat
Oleh kerana pengurus itu adalah penghubung individu, maka ia dianggap sebagai nadi penting di dalam unitnya. Ia mungkin tidak mengetahui segala-galanya tetapi ia tentu mengetahui lebih daripada kakitangan lain hasil hubungannya dengan kakitangan di dalam dan pihak luar.
1.7.2.1 Sebagai pengawas. Sebagai pengawas, pengurus menjelajahi persekitaran untuk mendapatkan maklumat. Maklumat dapat diperolehi melalui perbualan, percakapan, dan secara spekulasi. Memandangkan pengurus itu berhubung dengan pihak lain, maka ia mempunyai kelebihan mengumpulkan maklumat untuk organisasi.
1.7.2.2 Sebagai penyampai. Pengurus mestilah berkongsi dan membaha-gikan maklumat yang diterima dari pihak luar. Sebagai penyampai, pengurus perlu memberikan sebahagian daripada maklumat yang diperolehi itu terus kepada kakitangan bawahannya yang tidak berpeluang mendapatkan maklumat tersebut. Apabila kaki-tangannya mempunyai kesukaran untuk berhubung dengan kakitangan yang lain, maka pengurus kadang kala hendaklah menghantarkan maklumat tersebut terus kepada kakitangan yang lain itu.
1.7.2.3 Sebagai jurucakap. Sebagai jurucakap, pengurus menghantarkan sebahagian maklumatnya kepada mereka yang di luar dari unitnya. Sebagai contoh, seorang penyelia pengeluaran di sebuah gedung mencadangkan kepada pihak pembekal supaya mengubah jadual bekalannya untuk memenuhi jadual pengeluaran gedungnya.
1.7.3 Peranan sebagai Pembuat Keputusan
Maklumat adalah bahan asas di dalam membuat keputusan. Pengurus memainkan peranan yang penting untuk membuat keputusan di unitnya. Dengan autoriti yang ada, pengurus dapat bertanggungjawab dan melibatkan diri di dalam sesuatu tindakan; dan sebagai nadi di dalam sebuah organisasi, pengurus harus mempunyai maklumat yang lengkap dan kemaskini untuk membuat keputusan tentang strategi unitnya.
Empat peranan yang menghuraikan pengurus sebagai pembuat keputusan adalah seperti berikut:
1.7.3.1 Sebagai usahawan. Sebagai usahawan, pengurus cuba membaiki unitnya dan menyesuaikannya dengan keadaan persekitaran yang berubah-ubah. Sebagai pengawas, pengurus hendaklah berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk mendapatkan ilham baru. Apabila ilham yang baik didapati, beliau akan memulakan projek itu secara bersendiri dahulu atau beliau boleh mendelegasikan projek tersebut kepada kakitangannya. Sesuatu projek itu, melibatkan perkara seperti barangan baru, kempen perhubungan awam, peraliran dana yang kemaskini, penyusunan semula bahagian yang lemah, penyelesaian masalah imej di divisi luar negeri, menyatupadukan operasi komputer dan lain-lain.
1.7.3.2 Sebagai pengawal gangguan. Oleh kerana perubahan yang berlaku itu di luar kawalan pengurus, maka ia mestilah mengambil tindakan tertentu untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi bertambah teruk dan tidak terkawal. Dalam kejadian seperti pelanggan utama telah ditimpa kebankrapan atau pembekal telah melanggar kontrak atau berlakunya mogok oleh pekerja, maka pengurus hendaklah menumpukan masanya untuk mengatasi masalah tersebut. Gangguan yang berlaku itu bukanlah disebabkan pengurus lemah dan tidak menghiraukan keadaan, tetapi juga kerana ia tidak dapat meneka akibat tindakan yang telah diambil, sekalipun ia seorang pengurus yang baik.
1.7.3.3 Sebagai pembahagi sumber. Peranan pembuat keputusan yang ketiga ialah sebagai pembahagi sumber. Pengurus bertanggungjawab untuk menentukan pihak yang akan mendapat sesuatu dan banyaknya. Sumber yang penting, pengurus itu harus memperuntukkan masanya kepada kakitangan supaya mereka dapat berhubung dengannya yang dianggap sebagai nadi dan pembuat keputusan. Pengurus juga bertanggungjawab dalam membentuk unit struktur, perhubungan rasmi dan menentukan cara sesuatu kerja itu dibahagikan dan diselaraskan. Pengurus juga meluluskan keputusan penting sebelum mengimplementasikannya. Dengan menetapkan kuasa ini, pengurus dapat menentukan bahawa keputusan yang dibuat itu mempunyai hubungan dengan perjalanan aktiviti dan fungsi-fungsi di dalam organisasi.
1.7.3.4 Sebagai perunding. Pengurus menghabiskan masa yang sewajarnya di dalam perundingan. Sebagai contoh, pengurus besar mengadakan perundingan dengan kesatuan sekerja atau pengurus jualan mengadakan perundingan kontrak dengan pembeli atau pengurus akan berunding dengan penyelia tentang isu-isu kerja dan lain-lain. Perundingan diibaratkan sebagai satu tugas penting memandangkan pengurus mempunyai autoriti dan maklumat yang cukup untuk mengadakan perundingan.

Kesepuluh peranan yang dibincangkan di atas amat susah untuk dipisahkan.

Rajah 1.3. Talian pengurus dengan sektor-sektor di dalam organisasi

1.8 KEMAHIRAN PENGURUS
Sebahagian besar masa seseorang pengurus itu digunakan untuk berkomunikasi, membuat keputusan, dan berinteraksi dengan orang lain. Sekiranya pengurus itu mencapai prestasi yang tinggi, ini bererti beliau telah berkesan melalui proses yang tersebut di atas. Dalam hal kebolehan seseorang pengurus itu, mereka yang tidak faham dengan pengertian kemahiran atau kebolehan menganggap bahawa kemahiran teknik dan kemahiran pengurusan sama. Padahal kedua-dua kemahiran itu dapat kita definisikan secara berasingan dan berbeza.
1.8.1 Kemahiran Teknik
Kemahiran teknik adalah kemahiran atau kebolehan yang khusus dalam sesuatu bidang. Contohnya, kemahiran dalam bidang kejuruteraan, pengeluaran, kewangan, dan pemasaran. Bidang-bidangnya memerlukan latihan sebelum dapat menjalankan pekerjaan.

1.8.2 Kemahiran Pengurusan
Kemahiran pengurusan atau kebolehan mengurus adalah berhubung dengan proses pengarahan, penyelarasan, atau pengawasan pekerjaan orang lain.
Kepentingan kemahiran teknik atau kemahiran pengurusan bergantung kepada tingkat pengurus itu berada dalam organisasi dan keadaan operasi yang dijalankan. Semakin rendah pangkat seseorang pengurus itu, semakin tinggi ia memerlukan kemahiran teknik untuk menjalankan tugas pada peringkat operasi.

Rajah 1.4. Hubungan antara kemahiran dengan pengurus
1.9 PENGURUSAN DAN PROSES PENGURUSAN
Pihak pengurusan ialah gabungan individu yang mengendalikan sesebuah organisasi. Secara akademik definisi seperti ini sangatlah terhad pengertiannya. Oleh kerana pengurusan itu bukannya individu atau sekumpulan individu, maka untuk tujuan kita, ia boleh didefinisikan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan penggunaan sumber untuk mencapai tujuan dan matlamat organisasi.
1.9.1 Empat Fungsi Pengurusan
Perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan merupakan empat fungsi asas pengurusan.
1.9.1.1 Perancangan. Sebelum organisasi itu menjalankan kegiatannya, ia mesti merancang, iaitu menentukan terlebih dahulu perkara yang hendak dicapai olehnya. Ini termasuklah menetapkan tujuan, objektif, strategi, program, projek, dan kerja yang akan dimainkan oleh organisasi.
1.9.1.2 Penyusunan. Di dalam penyusunan, sumber manusia dan bahan disusun, dan dibahagikan mengikut gabungan yang tepat bagi menentukan perancangan itu berjalan dan mencapai matlamatnya. Ini termasuklah menyusun tingkat kuasa, membahagikan unit-unit atau bahagian, serta memilih kakitangan untuk memenuhi jawatan yang diwujudkan.
1.9.1.3 Pengarahan. Pengarahan memberikan panduan, bimbingan, dan perangsang kepada tenaga pekerja untuk mencapai matlamat organisasi. Perkara yang dilakukan termasuklah memberi kepimpinan, dorongan, dan berkomunikasi di dalam organisasi.
1.9.1.4 Pengawalan. Pengawalan merujuk kepada langkah-langkah mengawasi prestasi, membandingkan keputusan dengan matlamat organisasi dan mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kesisihan.
Bab-bab seterusnya akan membincangkan empat fungsi pengurusan dengan lebih mendalam.
1.10 PENGURUSAN SEBAGAI BIDANG SAINS ATAU SENI
Persoalan sama ada pengurusan itu dianggap sebagai satu bidang sains atau seni masih lagi pada peringkat perbincangan dan perdebatan. Gulick menyifatkan pengurusan itu hanya dapat diakui sebagai bidang sains apabila:
1. Teorinya berkeupayaan untuk memberi panduan dan memberitahu pengurus tentang sesuatu keputusan yang mesti diambil di dalam sesuatu keadaan.
2. Teorinya juga dapat menentukan akibat yang akan berlaku hasil tindakan pengurus.
Berdasarkan Gulick, kita boleh menyifatkan bahawa pengurusan itu satu seni kerana keputusan yang diambil oleh pengurus itu berdasarkan pandangan, pertimbangan, dan gerak hati pengurus itu sendiri dengan berpandukan maklumat yang terhad. Kita mengakui bahawa sebahagian aspek pengurusan ada mengandungi ciri-ciri saintifik tetapi pada keseluruhannya pengurusan kekal sebagai seni.
1.11 PENGURUS SEBAGAI PENGHUBUNG DI DALAM ORGANISASI
Pengurus yang berada di dalam tingkat pengurusan, sama ada pada peringkat penyeliaan atau sehingga ke peringkat atasan, memainkan peranan sebagai penghubung antara tingkat pengurusan (Rensis Likert, 1961). Menerusi pengurus bahagian (fungsi) yang mewakili bahagian masing-masing, perbincangan, perundingan, dan penyelarasan berhubung dengan tugas, dan tanggungjawab dapat diadakan. Sebarang maklumat dari peringkat bawahan dapat disalurkan ke peringkat atasan menerusi pengurus bahagian. Begitu juga perhubungan dan penyelarasan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain tentang sesuatu perkara dapat dibuat dan diselaraskan pada peringkat pengurus bahagian.


Rajah 1.5. Pengurus sebagai penghubung di dalam organisasi

1.12 KECEKAPAN, KEBERKESANAN, PRODUKTIVITI, DAN KUALITI
Kejayaan mengurus sesebuah organisasi boleh diukur dari aspek kecekapan, keberkesanan, produktiviti dan kualiti produk, dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi.

Kecekapan organisasi boleh diukur dari aspek kuantiti input yang digunakan oleh organisasi untuk menghasilkan satu unit pengeluaran atau perkhidmatan. Contohnya, apabila organisasi berupaya menambahkan bilangan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan kuantiti input yang sama atau kurang, organisasi tersebut dianggap telah meningkatkan kecekapannya. Kecekapan juga bermaksud apabila pengurus membuat tugasnya dengan betul.

Keberkesanan boleh diukur dari segi sama ada pengurus membuat kerja yang betul dan matlamat organisasi berjaya dicapai. Contohnya, organisasi disifatkan tidak berkesan apabila ia gagal mencapai matlamatnya disebabkan oleh pelaksanaan rancangan yang lemah atau kerana kegagalan pihak pengurusan meramal perubahan persekitaran organisasi dengan lebih tepat.

Produktiviti disifatkan sebagia nisbah output yang dikeluarkan dibandingkan dengan input (sumber) yang digunakan dalam proses pengeluaran produk atau perkhidmatan. Input dalam sistem pengeluaran termasuk: tanah, bahan, mesin, wang, masa, dan tenaga pekerja. Produktiviti pekerja boleh diukur dari segi bilangan produk yang dikeluar atau bilangan pelanggan yang diberi perkhidmatan dalam jangka masa yang tertentu. Manakala produktiviti pengurus atau penyelia boleh diukur dari segi kecekapannya menggunakan tenaga pekerja ke tahap paling optimum. Sekiranya pekerja tidak dapat menjalankan kerja dengan lebih cekap atau pekerja terpaksa menunggu atau memperlahankan kerja kerana kelemahan sistem penyusunan dan penugasan, pengurus yang bertanggungjawab disifatkan tidak cekap dan tidak berkesan. Organisasi yang produktif berupaya bersaing pada peringkat nasional dan antarabangsa. Contohnya,
organisasi yang menggunakan teknologi moden dan terkini boleh memperbaiki produktiviti kerana ia mampu mengeluarkan produk dan perkhidmatan baru dengan harga yang lebih kompetitif. Persaingan sengit, perubahan cita rasa pengguna serta peningkatan tahap pendidikan masyarakat, kekurangan tenaga pekerja dan kekurangan bekalan sumber pengeluaran menyebabkan organisasi memberi penuh perhatian kepada program peningkatan produktiviti dan kualiti.
Kualiti produk atau perkhidmatan boleh diukur dari segi kepuasan pengguna atau pelanggan. Kualiti produk atau perkhidmatan merangkumi aspek daya tarikan produk, pembungkusan, kesenian, dan kehalusan kerja (pertukangan), layanan, hubungan inter-peribadi dan komunikasi, perkhidmatan sokongan, dan perkhidmatan lepas jualan.

Sama ada sesebuah organisasi ini organisasi sektor awam atau swasta, perkhidmatan atau keluaran industri, produktiviti dan kualiti adalah faktor penting yang boleh memimpin daya saing dan daya maju organisasi.
1.13 RUMUSAN
Pengurusan adalah satu bidang yang luas, merangkumi bidang-bidang sains sosial seperti sosiologi, antropologi, sains politik, ekonomi, dan juga psikologi. Kemahiran di dalam pengurusan bukan sahaja diperolehi melalui bacaan dan kefahaman tentang konsep dan prinsip-prinsip yang telah dikemukakan di dalam buku-buku teks. Malahan kemahiran ini dapat diperolehi melalui pengalaman yang dialami oleh pihak pengurusan semasa menjalankan tugas.
Peranan pengurus bukan sahaja tertumpu kepada aspek pengawasan dan pengawalan kakitangan, bahkan ia juga merangkumi tugas yang tidak tercatat di dalam gambaran tugasnya seperti peranan sebagai penyampai maklumat atau sebagai pendorong kakitangan atau sebagai seorang pemimpin atau tokoh.

PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TEKNOLOGI 32610 SERI ISKANDAR, PERAK.

1.1 Peraturan Am
1.2 Peraturan Khusus
1.3 Peraturan penggunaan alat / ruang
1.4 Peraturan Pinjaman dan Pemulangan bahan / alat


5.1 PERATURAN-PERATURAN PERPUSTAKAAN

Disiplin

1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan Perpustakaan

1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.

Pakaian

1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.



Peringatan: Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar
peraturan Perpustakaan.



5.2 PERATURAN PENGGUNAAN PSS UNTUK GURU

1. Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan atau Bilik Audio Visual.)

2. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.

3. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.

4. Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.

5. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.









5.3 PERATURAN PENGGUNAAN BILIK APD / MULTIMEDIA

Disiplin

1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik APD.
2. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik APD.
3. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran.
4. Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini.
5. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik APD semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
6. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik APD di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan bilik APD

1. Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru PSS.
2. Segala perisian di dalam bilik APD tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PSS.

Pakaian

1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam bilik APD
2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke bilik APD











5.4 PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN / ALAT


Pinjaman Buku Rak Terbuka

1. Pastikan nama yang tertera dikad perpustakaan yang digunakan adalah kepunyaan si peminjam.
2. Pastikan peminjam berkenaan tidak berhutang apa-apa dengan perpustakaan

- Buku-buku yang dipinjam telah dipulangkan dan denda telah dibayar (jika ada). Peminjam yang masih berhutang tidak boleh meminjam apa-apa dari perpustakaan sehingga beliau menjelaskan hutangnya.

3. Semua pelajar meminjam buku dengan menggunakan kad pinjaman yang ditetapkan.
4. Cop/tulis tarikh pemulangan buku pada helaian kertas 'Tarikh Pulang' (di belakang buku).
5. Serahkan buku kepada si peminjam dan kad pinjaman
6. Pastikan semua data pinjaman buku dibuat menggunakan buku rekod yang disediakan.

PERINGATAN.

• Tempoh pinjaman sebuah buku ialah 5 hari buku rujukan dan 7 hari Buku Fiksyen (rak terbuka).
• Seorang pelajar dibenarkan meminjam 1 buah buku sahaja pada satu-satu masa (kecuali Pengawas PSS) – (1 kad – 1 buku)
• Pinjaman buku rak terbuka boleh dilakukan pada waktu rehat (tahap 1 dan tahap 2)sahaja.




• Seorang guru hanya dibenarkan di benarkan meminjam maksimum 2 buku pada satu-satu masa dalam jangka masa 2 minggu . Bagi peminjaman seterusnya, beliau mestilah memulangkan buku-buku yang dipinjam sebelumnya.
• Pengawas PSS yang bertugas di kaunter mesti menjalankan tugas dengan tenang dan senyap
• Pelajar mestilah beratur dengan senyap di hadapan kaunter peminjaman. Pelajar yang ingkar tidak akan dilayan





Pemulangan Buku Rak Terbuka


1. Pastikan tarikh buku dipulangkan tidak lewat daripada 'Tarikh Pulang' yang sepatutnya
2. Jika buku lewat dipulangkan, peminjam akan didenda Jika peminjam berkenaan tidak dapat membayar dendanya pada waktu itu, beliau boleh membayar pada lain hari
3. Setiap kutipan denda hendaklah dicatat dalam ;Buku Denda' dan wang diserahkan kepada Bendahari pada hari yang sama
4. Jika buku yang dipinjam hilang, peminjam diminta membayar harga asal buku berkenaan
5. Lewat sehari para pelajar akan dikenakan denda sebanyak 10 sen .
Denda akan dikenakan mengikut bilangan hari lewat bagi setiap buku .
6. Sekiranya pelajar tidak mampu membayar denda kerana kecuaian sendiri
Maka mereka tidak akan dibenarkan meminjam buku sehingga denda dilangsaikan .











KELAYAKAN PEMINJAM DAN JUMLAH PINJAMAN

SYARAT UMUM

Staff
 Guru dan Pekerja
 Mempunyai kad pinjaman buku yang ditetapkan.
 Tidak dibenarkan meminjamkan kad kepada orang lain.

PELAJAR BIASA / PENGAWAS PSS / PENGAWAS SEKOLAH

 Pelajar Tahun 1-6
 Kad Pinjaman Buku yang disediakan..
 Maksimum 1 buah buku - sekali pinjam



TEMPOH PINJAMAN

 Buku rak tertutup - sehari
 Buku rak terbuka - 1 minggu
 Majalah – baca di perpustakaan sahaja.
 Bank Soalan - (rujukan dalam perpustakaan sahaja).














PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN

 Murid - Mengikut jadual waktu penggunaan PSS ( hanya waktu rehat tahap 1 dan 2).
 Guru/Staff – bila-bila masa sahaja waktu persekolahan.

PERATURAN PINJAMAN

 Kad tidak boleh dipindah hak milik
 Tanggungjawab pelajar menjaga buku yang dipinjam. Jika hilang, pelajar wajib membayar balik mengikut harga asal buku tersebut.
 Sila beratur semasa melakukan proses pinjaman dan pastikan dalam keadaan senyap.
 Sila pastikan tarikh pemulangan tidak lewat dari 'tarikh pulang'. Jila lewat, tindakan akan diambil.
 Kertas soalan Tahun Lepas/Bank Soalan - Jika didapati pelajar mencoteng atau menghilangkannya, pelajar wajib membayar harga fotostat untuk setiap muka surat.
 Sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan, kad pelajar akan ditahan.

KAD PINJAMAN.

 Menggunakan kad yang ditetapkan oleh PSS SK Taman Teknologi.




Efektif, Berkualiti, Cemerlang

Garis Panduan dan Piawaian Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

1. Pendahuluan
Sistem pendidikan di Malaysia kini telah melangkah ke suatu era yang lebih mencabar. Selaras dengan itu kemudahan perkhidmatan maklumat yang sedia ada di pusat-pusat sumber sekolah di seluruh Malaysia perlu dipertingkatkan supaya memenuhi citarasa pendidikan semasa. Justeru itu, pembangunan pusat sumber sekolah (PSS) secara yang lebih ideal akan lebih mudah dilaksanakan sekiranya satu garis panduan beserta piawaian yang lengkap bagi membantu pengurusan pusat sumber sekolah dari segi :
• Perkhidmatan
• Perkembangan Koleksi
• Struktur Organisasi
• Kemudahan Fizikal
• Pentadbiran
2. Perkhidmatan
2.1 Pertimbangan umum
• Perkhidmatan yang disediakan oleh PSS haruslah menyokong pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kurikulum.
• PSS hendaklah menyediakan program-program yang bertujuan mengmbangkan kemahiran mencari maklumat untuk pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.
o Perkhidmatan yang baik haruslah merangkumi :
o Pengajaran dan pendedahan dalam penggunaan PSS yang berkesan.
o Panduan kepada bahan yang diperlukan.
o Penyebaran maklumat.
• Perkhidmatan yang diberikan hendaklah adil kepada semua pengguna. (pendemokrasian maklumat).
• Untuk mengoptimumkan akses kepada kandungan koleksi, pihak pusat sumber haruslah menyelenggara dan mengemaskinikan rekod-rekod koleksi yang lengkap dan konsisten serta selari dengan piawaian khusus.
2.2 Perkhidmatan Perpustakaan
• Kemudahan pembacaan (rujukan dan pinjaman).
• Panduan dan perkhidmatan pembaca dan pengguna.
o Orientasi perpustakaan
o Panduan pengguna (user guide)
o Penggunaan kad katalog
o Kesedaran isu-isu semasa
o Panduan penggunaan internet
• Perkhidmatan maklumat
o Pameran dan promosi maklumat
o Pinjaman bahan bacaan dari Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan Pusat Sumber Negeri (PSPN).
2.3 Perkhidmatan Teknologi Pendidikan
Kemudahan penggunaan bilik Alat Bantu Mengajar (ABM) dan bilik Alat Pandang Dengar (APD) termasuk bilik tayang.
• Memberi khidmat nasihat penggunaan alat.
• Menyediakan peralatan untuk semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
• Kemudahan membuat rakaman.
• Membantu penghasilan media pengajaran dan pembelajaran.
• Kemudahan pinjaman bahan media pengajaran dan pembelajaran.
2.4 Perkhidmatan Penerbitan dan Dokumentasi
• Khidmat nasihat penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
• Menerbitkan majalah, brosur, buletin, risalah, 'blue print' sekolah dan apa-apa bahan yang berkaitan dengan kegiatan di sekolah.
• Mencetak bahan-bahan penerbitan sekolah.
• Merekod dan menyimpan bahan-bahan terbitan sekolah.
2.5 Polisi Perkhidmatan
• Keahlian Keahlian Terbuka
o Semua murid atau pelajar
o Semua guru
o Staf sokongan Keahlian Terhad (dengan syarat mendapat izin pihak pentadbir sekolah)
 Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
 Persatuan murid tua / Bekas pelajar
• Bahan hilang
o Pengguna hendaklah menggantikan bahan-bahan pinjaman yang hilang atau membayar harga bahan-bahan tersebut.
o Sekiranya pengguna gagal melakukan perkara (a), pihak sekolah akan menahan keputusan-keputusan peperiksaan atau menahan dokumen-dokumen pelajar terbabit seperti sijil tamat sekolah dan sebagainya.
• 2.5.3 Denda lewat Denda 10 sen sehari bagi setiap bahan di rak terbuka dan 30 sen sejam bagi koleksi bertanda merah bagi setiap pengguna.
• 2.5.4 Bayaran perkhidmatan internet dikenakan mengikut tempoh masa seseorang pengguna yang menggunakan perkhidmatan tersebut.
• 2.5.5 Pinjaman Buku Bilangan maksima buku yang boleh dipinjam oleh setiap pengguna ialah: 1 buah buku : Ahli terhad (jika ada) 2 buah buku : pelajar 3 buah buku : Pengawas perpustakaan 6 buah buku : Staf sekolah


3. Perkembangan Koleksi
3.1 Objektif
• Menetapkan piawaian asas bagi pembangunan atau pembinaan koleksi bahan PSS.
• Memastikan keseimbangan koleksi dari segi kuantiti dan kualiti bahan.
• Memberi panduan kepada pembangunan pembinaan koleksi.
• Memastikan terdapat keseragaman dalam proses penilaian, pemilihan dan perolehan koleksi bahan.
• Memastikan keseimbangan dari segi pembahagian koleksi selaras dengan keperluan pengguna.
3.2 Dasar pemilihan umum
• Perolehan bahan PSS hendaklah selaras dengan keperluan Falsafah Pendidikan Negara.
• Membuat cadangan perolehan melalui jawatankuasa induk PSS yang terdiri daripada ketua-ketua panitia mata pelajaran.
• Perolehan adalah berdasarkan kepada kehendak kurikulum dan kokurikulum sekolah serta minat pengguna.
• Membuat kajian ke atas aliran penggunaan bahan dan statistik koleksi semasa.
• Perkara yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan bahan :
o Boleh menyokong proses pendidikan berasaskan perbezaan minat, kebolehan dan tahap pemikiran pengguna.
o Mengisi keperluan kurikulum dan kokurikulum sekolah.
o Menambah ilmu pengetahuan pengguna
o Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
o Memperkayakan perbendaharaan kata pengguna.
o Memupuk semangat integrasi nasional.
o Membina akhlak mulia.
o Membina sikap tanggungjawab pengguna terhadap agama, bangsa dan tanah air.
3.3 Pembinaan koleksi bahan
Pembinaan koleksi bahan perolehan pusat sumber hendaklah berunsurkan:
• Kekemaskinian
• Kepelbagaian jenis
• Kecukupan bahan
• Keseimbangan agihan koleksi
• Keseimbangan agihan jenis bahan
• Keseimbangan dari segi aliran bahasa
• Menolak sebarang bentuk bahan yang mengandungi perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara.


3.4 Setiap cadangan perolehan bahan

Ia hendaklah dibuat melalui borang yang dikeluarkan oleh PSS. Pihak pentadbir sekolah dengan kerjasama penyelaras PSS serta ahli jawatankuasa induk yang bertanggungjawab sama ada menerima atau menolak sesuatu cadangan itu.

3.5 Alat-Alat Pemilihan Bahan Cetak

Alat-alat pemilihan yang boleh digunakan bagi memilih bahan bacaan di Pusat Sumber Sekolah adalah seperti berikut :

• Senarai buku yang disediakan oleh Seksyen Pusat Sumber, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu : Senarai Buku Pusat Sumber untuk Sekolah Rendah dan Menengah.
• Senarai perolehan perpustakaan awam.
• Senarai buku-buku dalam bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.
• Katalog penerbit dan pembekal.
• Bibliografi seperti :
o Bibliografi Negara Malaysia
o Bibliografi terbitan UNESCO dan UNICEF
• Ulasan-ulasan buku dari media massa.
• Ulasan penerbitan buku kanak-kanak seperti Children's Literature Review.
• Alat-alat pemilihan lain yang diperakukan dari semasa ke semasa. Nota : Untuk memperolehi judul-judul surat khabar, majalah atau keratan persidangan yang tertentu, pihak sekolah boleh juga merujuk kepada indeks-indeks yang diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.
o Indeks Majalah Malaysia
o Indeks Surat Khabar
o Indeks Persidangan Malaysia

3.6 Agihan Bahan Bacaan Koleksi

Bahan bacaan PSS hendaklah menggambarkan kepelbagaian aliran bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah, jenis bahan dan tahap peringkat sekolah.

• Agihan Mengikut Aliran Bahasa Agihan ini hendaklah dibuat berdasarkan jumlah waktu penggunaan sesuatu bahasa di sesebuah sekolah supaya murid-murid berpeluang mendapat bahan bacaan untuk memperkaya dan mengukuhkan penguasaan bahasa pengantar, bahasa kedua dan bahan-bahan lain.

Jenis -jenis Sekolah Bahasa Melayu (%) Bahasa Inggeris (%) Lain-lain (% )
Sekolah Kebangsaan dan
Sekolah Rendah Kebangsaan lebih kurang 70 lebih kurang 25 lebih kurang 5
Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (Cina) lebih kurang 30 lebih kurang 10 lebih kurang 60
Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (Tamil) lebih kurang 30 lebih kurang 10 lebih kurang 60
Sekolah Menengah lebih kurang 65 lebih kurang 30 lebih kurang 05
(Jadual 1)
o Agihan ini berpandukan kepada kurikulum dan kokurikulum sekolah.
o Agihan ini suatu yang unggul tetapi pihak sekolah boleh mengubahsuai mengikut keperluan masing-masing. Ia juga berdasarkan kepada jumlah koleksi dan bukan perbelanjaan peruntukan kewangan.
(b) Agihan Mengikut Jenis Bahan
Peringkat Sekolah Fiksyen (%) Bukan Fiksyen (%) Terbitan Berkala dan Bahan Khusus
Sekolah Rendah 65 25 10
Sekolah Men.Rendah 45 40 15
Sekolah Men.Atas 40 45 15
(Jadual 2)
• Agihan ini mengikut peratusan yang berdasarkan kepada jumlah bilangan naskhah.
o Bahan bacaan fiksyen diberi keutamaan di peringkat sekolah rendah dan menengah kerana bahan ini lebih diminati, lebih banyak digunakan oleh murid-murid peringkat ini dan akan menjadi asas kepada pembentukan budaya membaca.
o Bahan bacaan bukan fiksyen diberi keutamaan di peringkat sekolah menengah atas kerana bahan ini banyak diperlukan sebagai bahan rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat ini.
o Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas Tingkatan Enam perlu memberi perhatian untuk melebihkan bahan bukan fiksyen dan Terbitan Berkala.
• Agihan Mengikut Tahap Peringkat Sekolah Agihan bahan hendaklah didasarkan juga kepada kesesuaian bahan-bahan mengikut tahap kebolehan murid-murid membaca di tiap-tiap peringkat sekolah.
• Nisbah Buku - Murid Jenis Sekolah Jumlah Murid Stok Minumum diperlukan Pertambahan Buku Baru Sekolah Rendah
Jenis Sekolah Jumlah Murid Stok Minima Yang Diperlukan Pertambahan Buku Baru
Sekolah Rendah 1. Kurang 250 buah.
2.Lebih daripada 250 buah. 2000 buah buku
Sebuah buku setiap murid. 1 - 2 buah setiap murid setahun
Sekolah Menengah 1. Kurang daripada 1000 buah
2. Yang ada Ting. 6 8000 buah buku
14 buah buku setiap seorang murid Tingkatan Enam. 3 - 4 murid setiap tahun
(Jadual 3)


3.7 Bahan Terbitan Berkala
• Terbitan berkala merupakan bahan bacaan yang diterbitkan mengikut kekerapan tertentu. .
• Koleksi asas terbitan berkala : Surat khabar Majalah Jurnal Brosur Lain-lain
• Alat-alat pemilihan bahan terbitan berkala sama seperti bahan monograf.
• Agihan bahan terbitan berkala (Rujuk jadual 2).
3.8 Bahan Bukan Cetak
• Bahan bukan cetak termasuk bahan-bahan seperti pita audio, video, slaid, gambar, carta, perisian komputer dan sebagainya.
• Alat pemilihan bahan bukan cetak :
o Senarai bahan PSS untuk sekolah rendah dan menengah yang diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (BTP).
o Bibliografi dan senarai perolehan lain-lain institusi pendidikan dan perpustakaan.
o Pangkalan Data atas talian
o Bibliografi perkara
o Katalog, brosur, iklan oleh penerbit atau pengeluar
o Ulasan bahan dari jurnal dan lain-lain bahan cetak
• Dasar pemilihan khusus untuk bahan bukan cetak Pemilihan, penilaian dan perolehan bahan bukan cetak pada asasnya adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip pemilihan bahan bercetak. Ia mengambil kira aspek-aspek seperti warna, sound track, format, ulasan selari, subtitle dan lain-lain. Kriteria-kriteria lain yang perlu dititik beratkan ialah :
o Isi kandungan bahan mesti menyokong keperluan kurikulum atau mempunyai potensi untuk digunakan merentasi kurikulum.
o Isi kandungan hendaklah pada tahap yang bersesuaian dengan subjek dan tahap akademik pengguna.
o Kewibawaan penerbit atau pengeluar
o Kekinian bahan
o Kos keberkesanan berbanding dengan bahan cetak
o Bahan bahasa Melayu diberi keutamaan kecuali jika bahasa lain menjadi asas kepada program berkenaan.
o Ketahanan fizikal bahan
o Unsur-unsur komersial yang tidak mengganggu/menyimpang daripada tema dan isi kandungan utama diterima.
o Berkualiti dan berjenama
o Mudah mendapat kepakaran servis dan kos yang berpatutan.
o Senang dapat alat ganti
o Bahan asal
o Terdapat permintaan dan keperluan pengguna
o Ada ruang
o Selamat digunakan
• Peruntukan Bahan Bukan Cetak Berdasarkan kepada populasi sekolah yang mengandungi 1000 pelajar dan 80 orang guru adalah dicadangkan koleksi tersebut bermula pada 1000 unit bahan bukan cetak. Tambahan pada kadar 1 : 3 atau 200 unit bahan hendaklah dilaksanakan pada tahun-tahun berikutnya.
Jadual 4 : Koleksi Asas Bahan Bukan Cetak
Software Hardware
Slaid Pemain Pita Audio/Video
Pita Audio dan Video Projektor Filem & Transparensi
CD-ROM Komputer
Disket Kamera Video
Kit Skrin
Transparensi Mesin Fotostat
Diorama Direct Projektor
Carta Pencetak
• 3.9 Bahan-bahan yang dilarang
• Perolehan bahan-bahan berikut hendaklah ditegah di Pusat Sumber Sekolah :
o Bahan/unsur yang boleh meracuni fikiran pengguna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
o Melunturkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
o Menyekat penerimaan ilmu pengetahuan yang berguna
o Merosakkan akhlak
o Menghalang pembinaan sahsiah yang seimbang dan bersepadu
o Berunsur seks, keganasan, tahyul atau isi kandungan yang bercanggah dengan dasar negara, politik dan nilai budaya Malaysia
• 3.10 Pilihbuang
o Penilaian berterusan dan penarikan keluar bahan perlu dilaksanakan oleh PSS sekurang-kurangnya 5 tahun sekali. Ia bertujuan menentukan hanya bahan yang sesuai serta memenuhi keperluan yang terdapat dalam garis panduan ini. Peraturan/dasar pemilihan umum dalam dokumen ini hendaklah dititikberatkan sebelum perkara di bawah diambil kira.
o Bentuk Fizikal
 Kulit yang koyak, muka surat yang hilang, penjilid tanggal, gambar kabur dan tidak dapat dibaik pulih.
 Bahan yang rosak, koyak dan buruk (fizikalnya).
• Isi dan Maklumat
o Maklumat yang mengelirukan dan menimbul kesan negatif
o Fakta yang tidak sesuai
o Ketidaksuaian dari segi ejaan dan kosa kata
o Isi yang tidak sesuai
• Bahan yang berkualiti rendah dan tiruan
o Huruf kecil dan kertas bertukar warna
• Aspek Teknikal
o Teknik persembahan yang tidak sesuai


3.11 Sumber Perolehan
Sumber perolehan pembinaan koleksi bahan PSS boleh dilaksanakan berdasarkan faktor berikut :
• Pembelian
• Hadiah/Sumbangan
• Pengumpulan dari penerbitan pertubuhan/agensi
• Pengumpulan/penjilidan bahan seperti keratan akhbar, fail tegak, buku skrap dan sebagainya.
• Pertukaran bahan penerbitan
4. Struktur Organisasi
Kakitangan Pentadbiran
4.1 Mengenalpasti Jenis Kemahiran Yang Diperlukan.
Umumnya terdapat 6 kemahiran yang diperlukan untuk pentadbiran dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Antaranya;
• • Kemahiran Asas Sebagai Pentadbir :
o berkebolehan mendapatkan bantuan, sokongan dan kerjasama daripada pihak sekolah khususnya guru besar, guru-guru, PIBG dan sebagainya.
• • Kemahiran Sebagai Guru :
o berkemahiran memperolehi dan memilih bhan-bahan, berkerjasama merancang, dan menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran, memberi nasihat dan bantuan dalam penggunaan bahan-bahan kepada murid-murid dan guru-guru lain.
• • Kemahiran Sebagai Penghasil :
o berkebolehan mencipta dan menghasilkan bahan-bahan untuk pengajaran dan pembelajaran seperti kerja-kerja grafik, rakaman, fotografi dan sebagainya.
• • Kemahiran Sebagai Pustakawan :
o berkaitan dengan kemahiran Sains Perpustakaan untuk mengelolakan bahan-bahan serta ada kemahiran pengkatalogan, pengkelasan, penyediaan indeks, penyediaan bibliografi dan sebagainya. • Kemahiran Sebagai Juruteknik : sedikit kebolehan berkaitan pembaikan dan pemeliharaan alat-alat atau mesin di dalam PSS. Boleh membimbing dan membantu guru-guru serta murid menggunakan alatan dengan berkesan dan baik.
• • Kemahiran Sebagai Kerani :
o berkaitan dengan kerja-kerja perkeranian seperti taip-menaip, penduaan, penyusunan (filing), stamping, labelling sorting, dan menyemak.



4.2 Penubuhan Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah
4.2.1 Jawatankuasa Induk
Jawatankuasa ini menentukan keputusan-keputusan dan dasar-dasar yang penting dalam pengurusan PSS. Umumnya, Pengetua atau Guru Besar menjadi pengerusinya dan berkuasa menentukan dasar-dasar dan keputusan segera. Seterusnya Guru Penolong Kanan 1 mengisi jawatan Naib Pengerusi jawartankuasa ini. Jawatan Setiausaha seharusnya dilantik oleh Pengetua. Setiausaha akan bertindak sebagai Penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Sebaiknya tugas ini diberikan kepada guru yangmenerima latihan khas dalam bidang Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran. Oleh sebab Pusat Sumber merupakan pusat aktiviti pembelajaran, ahli jawatankuasanya terdiri dari guru-guru kanan panitia mata pelajaran. Selain daripada itu, ahli PIBG juga boleh dimasukkan ke dalam jawatankuasa ini bagi tujuan pengaruh dan sumbangan. Sumbangan berfaedah yang boleh dilakukan oleh mereka antaranya melakukan tugas-tugas penyusunan bahan, pemprosesan bahan, perkhidmatan pinjaman dan pulangan dan aktiviti galakan membaca.
4.2.2 Jawatankuasa Kerja PSS
Ahli jawatankuasa ini menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pengurusan, organisasi, penghasilan dan penggunaan PSS seperti yang dirancangkan oleh Jawatankuasa Induk. Mereka terdiri dari guru-guru yang dikenalpasti oleh Pengetua/Guru Besar atau yang dicadangkan oleh Penyelaras PSS. Mereka adalah pembantu kepada Penyelaras dalam deskripsi tugas tertentu mengikut kepakaran masing-masing. Pengagihan kerja dilakukan oleh Penyelaras kepada ahli-ahli tersebut dan setiap mereka perlu mengetahui tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
4.2.3 Jawatankuasa Pengawas/Pembantu
Ini terdiri daripada;
• • Guru penyelaras sebagai pengerusi
• • Murid-murid yang mewakili tiap kelas sebagai ahli-ahli.
• • Lantikan mana-mana kakitangan sekolah yang berkebolehan dan berminat untuk membantu tugas perkeranian. Mungkin terdiri daripada pelayan pejabat, tukang kebun atau buruh am.
• • Juruteknik





5. Kemudahan Fizikal
5.1 Pertimbangan Umum
• Pengguna dan bilangannya
• Jenis perkhidmatan PSS
• Ruang-ruang untuk kegiatan PSS
5.2 Aspek Khusus
• Lokasi - Terletak di tempat berpusat dan senang dilawati - Sebaiknya berada di tingkat bawah atau tingkat pertama
• Kemungkinan pengubahsuaian - Ruang yang disediakan haruslah terletak di satu tempat yang dapat dikembangkan untuk keperluan masa depan. - Perabot hendaklah merupakan modular dan bukannya dimatikan supaya senang diubahsuai bila perlu.
• Suasana yang menarik - Keceriaan diutamakan
• Cahaya dan pengudaraan - Lokasi yang mempunyai kemasukan cahaya yang baik - Sistem pengudaraan yang sesuai (terdapat alat penyedut udara keluar).
• Accoustics - Pemeliharaan dari gangguan kesan bunyi - Sekurang-kurangnya lantai dialas getah serta kaki kerusi dan meja juga beralas.
• Punca kuasa - Pastikan punca kuasa elektrik mencukupi dan bersesuaian dengan bahan-bahan yang memerlukannya.
• Basin/Sinki Perlu disediakan berhampiran ruang kerja untuk kegunaan mencuci segala kekotoran.
5.3 Keluasan Ruang
Pada umumnya luas atau saiz PSS adalah bergantung kepada bilangan murid di sekolah-sekolah. Keluasan bagi bangunan-bangunan sekolah baru adalah berdasarkan bilangan bilik darjah yang terdapat di sekolah-sekolah sebagaimana yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. .
5.4 Alat perabot dan kelengkapan
• Antara alat perabot yang diperlukan di sesebuah PSS ialah : Meja Kerusi Rak buku (tinggi dan rendah) Kaunter edaran Almari Kabinet katalog kad Papan kenyataan Penyangga surat khabar Troli Kabinet fail tegak Rak majalah Karel pendengaran Rak carta Rak peta Tempat untuk rujukan ucapan
• Dewasa ini terdapat aliran baru bagi PSS iaitu menyediakan alat kelengkapan atau perabot yang modular, mudah bergerak dan bersifat serbaguna. Kriteria yang patut dipertimbangkan dalam menyediakan alat perabot ini ialah: - Mengikut ukuran standard untuk kegunaan PSS - Mudah dan selamat digunakan - Tahan lama - Berguna dan selesa - Indah dipandang - Padat dan menjimatkan ruang
• Bagi sekolah-sekolah yang tidak berkemampuan, pertimbangan yang teliti patut diberi iaitu menyediakan alat perabot berdasarkan keutamaan keperluan.
• Alat perabot yang dihantar oleh Kementerian Pendidikan ke PSS harus diberi perhatian agar ia tidak diselewengkan oleh pihak kontraktor dengan menghantar bekalan yang tidak sepatutnya. 5.4.5 Membuat pengubahsuaian
• Bagi sekolah yang tidak mempunyai bilik khas PSS, bilik-bilik biasa perlu diubahsuai.
• Dalam perancangan, keutamaan atau priority dalam penyediaan alat atau jenis perabot diambil kira secara berperingkat.
• Sekiranya terdapat kekurangan ruang, bahan-bahan boleh ditumpang di mana-mana bilik yang berhampiran.
• Sekolah yang tidak mempunyai ruang
o Bahan dan alat boleh disimpan di bilik guru.
o Bahan dan alat dipinjamkan kepada semua kelas.
o Setiap kelas harus mewujudkan sudut sumber * Kekurangan kemudahan fizikal bukan alasan untuk tidak langsung mewujudkan Pusat Sumber Sekolah.
6. Pentadbiran
6.1 Perolehan
• Pembelian umumnya dibuat 2 kali setahun iaitu sekali pada penggal pertama dan kali keduanya pada penggal kedua persekolahan. Bagaimanapun pembelian ini tertakluk kepada wang kerajaan yang ada serta melalui pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. 6.1.2 Manakala pembelian melalui wang SUWA tidak semestinya melalui pembekal (vendor ) yang dilantik dan tempoh yang ditetapkan.
• Pembelian berdasarkan keseimbangan pembangunan koleksi dan koleksi berupa bahan buku dan perisian.
6.2 Rekod
Jenis-jenis rekod yang dicadangkan patut disimpan dan perlu dikemaskini:
• Buku Daftar Perolehan • Rekod Bahan Buku • Rekod Bahan Bukan Buku • Rekod Terbitan Berkala
• Rekod Pinjaman Bahan
• Rekod Penggunaan Bahan 6.2.5 Rekod Koleksi Bahan
• Simpanan Kira-kira Perbelanjaan (Kewangan)
• Rekod Pelupusan
• Rekod Lawatan
6.3 Pemprosesan Bahan
Bahan-bahan di dalam sesebuah pusat sumber itu perlu diproses sebelum diedarkan untuk penggunaan. Pentadbir atau penyelaras perlu menentukan piawaian dalam hal ini iaitu;
• Cop Hak Milik
• Poket dan Kad Buku
• Slip Tarikh Pulang
• Label Tulang Buku

6.4 Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan
Langkah paling penting perlu dilakukan bagi setiap bahan sumber di pusat sumber sekolah adalah menyediakan katalog dan pengkelasan. Dalam hal ini, seserang pentadbir atau penyelaras itu perlu menguasai kemahiran pengkelasan dan pengkatalogan ini dengan merujuk;
• AACR (Anglo-American Cataloguing Rules)
• Tajuk Perkara • Library Congress Subjects Heading • Perpustakaan Negara Malaysia
• DDC (Dewey Decimal Cataloguing) Edisi ke-21
• Jenis-jenis katalog yang perlu disediakan adalah
o • Senarai rak • Entri Pengarang
o • Entri Judul
o • Entri Perkara
o • Entri Tambahan
6.5 Penentuan Dasar Perancangan
Setiap pentadbir atau penyelaras PSS sesebuah sekolah itu perlu membuat perancangan mengikut keperluan sekolah. Antara faktor-faktor yang perlu diambil kira ialah;
• • Lokasi dan keadaan fizikal sekolah secara keseluruhannya.
• • Keadaan murid-murid : bilangan, peringkat umur, jantina, kebolehan, minat dan sebagainya.
• • Keadaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) : bilik, ruang, perabot, dan koleksi alat dan bahan.
• • Keperluan kurikulum dan ko-kurikulum sekolah.
• • Tenaga kakitangan.
• • Keperluan untuk guru dan pengajaran.
• • Sumber kewangan.
6.6 Aspek-aspek perancangan
• Rancangan
o • Pembangunan fizikal dan alat perabot PSS
o • Pembangunan koleksi PSS (Alat dan Bahan)
o • Pertambahan kakitangan dan pembantu
o • Pertambahan sumber kewangan
o • Latihan untuk guru-guru di sekolah
• Perkhidmatan
o • Pinjaman/Rujukan
o • Pandang/dengar
o • Reprografi dan Cetakan
o • Fotografi
o • Rakaman
o • Nasihat dan bantuan


• Aktiviti
o • Pembacaan dan rancangan bacaan
o • Sesi bercerita
o • Pameran
o • Peraduan
o • Ceramah
o • Bengkel/Kursus
o • Kerja-kerja kumpulan
• Tempoh dan Butiran Perancangan .
• Segala butiran perancangan PSS dapat disediakan dalam sebuah 'Buku Biru' atau Rancangan Pembangunan Pusat Sumber Sekolah. Ini meliputi perancangan;
o • Jangka Pendek (semasa/se tahun)
o • Jangka Panjang (mengikut 'target' dalam beberapa tahun: 3 - 5 tahun dan sebagainya).
• Implikasi Kewangan
Dalam menyediakan perancangan tersebut, haruslah dinyatakan secara praktikal implikasi kewangan. Ini termasuk;
o • Sumber-sumber kewangan yang mungkin didapati
o • Anggaran perbelanjaan mengikut tahun-tahun yang berkenaan
6.7 Penilaian
Penilaian dibuat adalah di atas perkara-perkara berikut;
• Pilih buang : dilakukan untuk tujuan memberikan perkhidmatan yang lebih baik, bermutu, berkualiti dan sentiasa kemaskini. Aspek yang perlu diambilkira adalah;
o • bentuk fizikal bahan : kulit yang koyak, muka surat yang hilang, penjilid tanggal, gambar kabur, alatan rosak yang tidak boleh dibaiki lagi.
o • isi dan maklumat hilang, tidak sesuai dari segi ejaan/perbendaharaan kata, fakta dan maklumat tidak sesuai dengan masa, maklumat mengelirukan dan kesan negatif.
o • aspek teknikal dan teknik persembahan yang tidak sesuai lagi. *Proses pilih buang perlu dibuat sekali dalam tempoh 3 tahun
• Stok Inventori (dilakukan 3 tahun sekali)
o • Menyemak bahan yang hilang
o • Semak dan baiki bahan yang rosak
• Menganalisa rekod penggunaan dan pinjaman pengguna
• Fail Kuasa Penyediaan Fail Kuasa adalah perlu bagi menentukan dasar dan peraturan yang dipakai oleh sesuatu pentadbiran PSS itu. Ia juga menjadi sumber rujukan piawaian dalam mentadbir sesebuah PSS untuk menjamin mutu perkhidmatannya. Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian di dalam Fail Kuasa ialah;
• Pengurusan
o • Kewangan
o • Kakitangan

• Pentadbiran
o • Proses teknik
o • Perubahan-perubahan pengkatalogan dan pentadbiran
o • Peraturan pusat sumber
o • Prosedur kerja dan carta alir
o • Senarai tugas kakitangan PSS
• Perkembangan PSS
o • Pembangunan Koleksi
o • Aktiviti PSS
o • Bangunan PSS
6.9 Peraturan dan Panduan
PSS Ini adalah berkaitan denga penggunaan Pusat Sumber Sekolah secara keseluruhannya. Sekurang-kurangnya ada 2 jenis peraturan dan panduan yang patut disediakan:
• Untuk murid-murid Ditegaskan bagi perkara-perkara berikut;
o • Masa PSS dibuka
o • Pinjaman : bilangan bahan dan tempoh dipinjam seperti maksima 2 buah buku dalam tempoh 3 hari.
o • Keselamatan bahan-bahan PSS
o • Kebersihan PSS
o • Disiplin dan lain-lain
• Untuk Kakitangan/Guru Mesti ditegaskan perkara-perkara berikut;
o • Bahan-bahan yang boleh diguna dan dipinjam
o • Jadual dan masa menggunakan dan meminjam bahan-bahan
o • Cara peminjaman dilakukan dan sebagainya.
• Sistem Pinjaman Bahan Buku (menggunakan Sistem Brown yakni kad biasa)
o • Pinjaman biasa
o • Pinjaman buku-buku 'red-spot'
o • Pinjaman berkelompok (bulk-loan) 5.9.1.2 Bahan Bukan Buku
o • Perlu ada suatu sistem pinjaman yang mudah tetapi sistematik untuk pinjaman 'hardware' • Perlu disediakan satui sistem pinjaman yang mudah untuk bahan bukan buku (software}
• Pengurusan Penggunaan Rancanga Radio/TV Pendidikan
o Pengurusan Penggunaan
 Penggunaan nota-nota guru dengan sebaik-baiknya
 Menyediakan bilik tayangan bagi mengikuti rancanagan TV/Tadio Pendidikan denga cara yang berkesan

7. Penutup
Jelas bahawa dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah PSS yang cekap, berkesan dan sistematik, piawaian adalah amat penting disediakan bagi memantapkan operasinya. Dengan adanya piawaian yang dicadangkan, pentadbir atau penyelaras PSS dapat menjalankan tugasnya dengan lebih sempurna dan lebih bersistematik. Bagaimanapun, piawaian bukanlah sesuatu yang muktamad. Perubahan akan berlaku dari masa ke semasa selaras denga perkembangan pendidikan. Piawaian yang disediakan perlu realistik dan boleh membawa sesebuah pusat sumber sekolah ke suatu tahap yang lebih realistik dan berupaya mencapai objektif yang ditetapkan. Seterusnya ia dapat meningkatkan prestasi akademik serta Falsafah Pendidikan Negara.